Tuesday, September 18, 2012

Cuti-Cuti Di Hari Malaysia

 Wah ada rusa...kat mana nie? haa inilah dia ladang rusa kepunyaan Universiti Teknologi Malaysia.Kalau nak masuk tengok rusa ini kenalah masuk melalui pintu gerbang utama UTM.Nanti bila akan ada pengawal pintu masuk yang akan menanyakan anda nak ke mana,lepas tu cakap je nak tengok rusa.(bagi yang ada kawan-kawan yang kerja kat Fakuti Kejuruteraan Awam,cakap je nak jumpa kawan kat sana).

Selang 100meter dari pintu masuk tu anda akan dapat lihat ladang ini di sebelah kanan je.Buat pusingan U lepas tu masuk ke tapak letak kereta.

  

Boleh tahan jinak jugak rusa-rusa kat sini.Siap datang dekat bila ada orang nak bagi dia makan.Sebenarnya BLOG kali ini nak cerita tentang apa yang aku buat pada cuti Hari Malaysia semalam.Paginya aku dah dapat sms dari cik habang Chu mengajak rakan-rakan menyendol (makan cendol) di gerai kegemarannya iaitu Gerai Mak Siti yang terletak di Jalan Skudai-Pontian.Tapi sebelum tu singgah la ke UTM nie kejap untuk lihat ladang Rusa.

Sms ajak yang lain-lain tapi cuma Keluarga Nik dan Keluarga Kak Ros saya yang boleh join makan cendol pada hari itu.Sampai-sampai je terus amik cendol semangkok dengan nasi lemak sebungkus.Yum-yum,sedap,sampai mintak tambahan air suam lagi.

Inilah dia cendol dan nasi lemaknya.Kalau nak sedap lagi,boleh tambah pulut yang kat dalam bekas putih tu.(hp baru tetap nak masuk dalam gambarkan).Taukeh kedai (topi merah) pun di panggil untuk bergambar bersama.Anak-anak pulak makan kat meja lain yea.

Haa ini pasal pulak nie? tu lah makan cendol banyak sangat tu yang sampai tayar pancit..hehehe.Lepas je selesai makan cendol tayar kereta kak Ros pancit pulak.Nasib baik boleh jalan perlahan-perlahan sampai ke kedai tayar.Bocorrr..jadi tampal la jawapnya.

 

Bila dah selesai tampal tayar kereta kak Ros,diaorang pun terus balik ke rumah.Aku,Abang Yunus dan Nik sekeluarga sempat menyingah masuk pusing-pusing sekitar UTM.Dari pintu masuk belakang,kami terus lalu di depan kampus pelajar kemudian memandu naik ke Balai Cerapan UTM yang terletak di atas bukit.

 

 Kalau datang petang-petang kat sini mesti penuh dengan pelajar beriadah dan berseman.Tempat ini juga di jadikan tempat untuk melihat anak bulan di Johor Bahru.Permandangan kat sini memang nyaman dan menenangkan.Tapi kalau korang nak berjogging pastikan dari bawah yea,tuan kereta pulak tunggu kat atas bukit je.Untuk pengetahuan korang lagi,kawasan ini adalah kawasan larangan,hanya kami orang luar je yang boleh masuk sebab ketua rombongan yang bawak kami ke sini adalah ketua gang Civil tau (ala-ala taiko).hehe

 Kat sini boleh amik gambar lompat-lompat,tu pun kalau larat lah.jangan lompat-lompat sampai semput yea,tu namanya kurang stamina.

 

Dari atas bukit kami menyusuri laluan-laluan berliku untuk tiba di Fakulti Kejuruteraan Awam tempat Ketua Gang kami ini mengajar.(Dia mengajar kat bangunan lama sebelah bangunan baru ini).Anak-anak belajar rajin-rajin yea,nanti boleh masuk ke Fakulti ini.Hari-hari boleh mengeteh kat sini dengan cikgunya.

 
   

Jam dah pukul 130tengahhari.Jadi aku terpaksa bergerak ke satu lagi rumah terbuka di Hari Malaysia ini.Menu masakan utama dia adalah kentang putar perisa daging dan lada hitam (black paper),Nasi Ayam,Mee Bakso dan Spegetti Goreng.Meriah lah juga rumahnya sebab ramai anak-anak murid dia yang datang bertandang sekali (dia seorang guru).Alamak lupa pulak nak bawak sampul duit nak bagi kat anak dia.Aku duduk lepak sana sampai jam 330petang.Lepas tu terus balik ke rumah dengan keletihan.


Tak cukup dengan acara pagi dan petang tadi,aku sambung lagi acara ke Legoland untuk melihat persembahan bunga api sempena hari perasmian pembukaannya.Dah tiga malam berturut-turut mereka menyajikan persembahan bunga api ini.

 Legoland,taman tema pertama bertaraf dunia yang berada di Johor Bahru,cantik suasana malam kat sini.Bagi yang tidur dan tak sedar-sedar orang telepon,sms & whatapps tu,alamat tertinggal lah nak tengok persembahan bunga api ini.

 Gigih yea anak-anak,mak-bapak yang datang ke sini pada malam itu.Ada yang nak balik Kuantan naik bas malam ini pun sanggup nak ikut tau.Amik berkat katernya sebelum bertolak pulang.Tak dapat masuk nampak bumbung nya pun jadi lahhh....hehehehe


"Bunga api" yea,bukan "Bungah Api" tamat jam 840malam,jadi perut pun masing-masing dah lapar.Lepak makan kat medan selera Jalan Layang,kat Perling.Makanan pulak lambat sampai sebab tukang masak tinggal sorang je.Apa lagi menyinga lah muka orang yang pesan makanan pada malam tu.hahaha.

 Tapi mee sup dia sedap pulak....menyelerakan pulak bila mengecek sikit Olie punya.


ACARA TAMAT PADA HARI ITU JAM 1030MALAM DAN MAKANAN KAMI DI TAJA SEPENUHNYA OLEH KAK ROVITA.TERIMA KASIH YEA KAK ROVITA.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget