Monday, September 24, 2012

Aku dan Karnival Nusajaya


Beginilah meriahnya Kota Iskandar di hari pelancaran Karnival Nusajaya yang berlangsung Sabtu dan Ahad lepas.Memang cukup gamat dan boleh tahan panas jugak.Ramai yang meletak kenderaan di bahu jalan membuatkan laluan masuk ke Kota Iskandar ini menjadi sempit,padahal terdapat banyak tempat meletak kereta di dalam kawasan Kota Iskandar ini.

 

 Mula-mula sekali mestilah nak masuk ke khemah "Hello Kitty Town".Walaupun di dalam khemah ini mempunyai penghawa dingin,ianya tidak dapat menampung kesejukkan sebab kehadiran orang ramai ketika itu sangatlah ramai.

Ada pelbagai permaianan dan acara di sini.Antaranya bergambar dengan watak-watak karton seperti "PinGu",Thomas & Friends", "Hello Kitty","Barney", "Bob The Builder" dan banyak lagi.

 

 Meriah lah jugak walaupun panas,sampai ada yang sanggup berdiri di belakang penghawa dingin untuk menghilangkan peluh dan bau badan hehe.Taman Tema tertutup akan di buka pada penghujung bulan October nanti.Mesti seronok bila dapat jumpa dengan karektor-karektor karton ini nanti.Tapi dalam sibuk-sibuk kita nak bergambar ada orang tu sibuk jugak main permaianan lontar bola dalam lubang.Nasib baik lah baju t-shirt dah habis,kalau ada lagi mestilah dia berlagak tunjuk kat kamera yang dia menang baju tu.Untuk amik berkat dapat lah cop mohor kat tapak tangan tanda dah berjaya masukkan bola kat dalam lobang tu.Jadiklah kan.....

 Bergaya sakan bergambar dengan karektor-karektor untuk taman tema tertutup yang akan di buka nanti.Pasti menyeronokkan dan menjanjikan.Jadi jangan melepaskan peluang ini bila ia di buka nanti.Dengar-dengar cerita harga untuk masuk ke tempat yang akan di buka ini nanti ialah RM60 bagi setiap satu taman tema.

Keluar dari khemah ini aku ke khemah yang lebih besar sedikit iaitu ke Khemah Ekplorasi Nusajaya.Wah seronok sungguh orang yang pakai cermin mata hitam ini yea.Siap bersiul-siul kegembiraan.

 
  

Ok,kat sini aku di dedahkan tentang pembangunan Nusajaya dan kawasan di sekitarnya.Di sini lebih kepada memberi informasi dari bagaimana Johor di buka sehinggalah terbinanya Nusajaya dan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.Kat dalam ini sejuk sikit,sebab penghawa dinginnya cukup kuat bagi menampung orang ramai yang masuk ke dalamnya.

 

Kalau nak tinggalkan tandatangan dan ingatan boleh lah pinjam pen dari pekerja-pekerja di situ dan tanda tanganlah di atas papan putih ini.Macam yang aku tulis ini : "GROUP MENGETEH RIO WAS HERE!!!" siap tanda tangan lagi.

Anak muda ini pulak,nak masukkan nama sekolah dia "MSAB" katernya."UTM-Civil" pun nak masuk jugak,tengok ajer lah gelang tangan yang dia pakai tu.Kalah anak muda zaman sekarang hehehe...

Masa aku datang kat sini ada persembahan tarian kebudayaan.Lepas tu entah tak semena-mena tarian "GANGYAM STYLE" oleh pekerja-pekerja Nusajaya pulak masuk menunjukkan kebolehan mereka.(ada di kalangan mereka yang tak tahu menari,tapi tetap nak masuk jugak hehe)

Kat luar pulak banyak khemah-khemah booth kecil yang di buka menjual dan mempromosikan pelbagai barangan.Ada jugak Booth TV3 & NTV7 di sini.Boleh bergambar dengan artis lagi.Aktiviti untuk kanak-kanak juga di sediakan.Belon jangan cakaplah,sampai melimpah ruah nak pegang.


 Ada jugak di sediakan ruangan tempat makan yang menjual pelbagai makanan Johor.Bagi yang nak cari kerja,kat dalam bangunan kerajaan ini ada juga dia adakan ekspo kerjaya.Amik borang isi dan pilih kerja mana yang sesuai.


 Tetapi satu kejadian yang sunguh tragis telah berlaku kat aku pada petang tersebut.Bila lihat je kolam ini mesti teringat kisah itu.Kononnya nak bergambar tapi akhirnya aku tergelincir masuk kat dalam kolam ikan ini.Sikit la punya dalam,sampai basah lecun aku satu badan.

Inilah yang orang kata,sambil menyelam minum air.Tapi aku pulak sambil jalan tertelan air.hehe.nampak tak betapa basah kuyupnya baju dan seluar aku ini.Habis dengan telepon bimbit sekali masuk air.

 Biasalah bila baju dah basah,aku takde mood nak pusing-pusing kat Kota Iskandar tu lagi.Diaorang pulak dok pakat ramai-ramai,ajak aku ronda-ronda satu padang tu.Maklumlah aku tompang kereta diaorangkan,jadi terpaksa lah ikut.Kalau tak ikut nanti kena tinggal.

 Acara terakhir bersambung ke Anjung Seri iaitu medan selera yang berhampiran dengan Kota Iskandar.Tapi sebab basah & dah takde mood aku tak amik pun gambar kat sana.hehe....

Pulang ke rumah dengan kebasahan

- TAMAT -

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget