Saturday, August 25, 2012

Bertiga Serangkai Di Syawal ke 7

SERANGKAI 1 : MAJLIS RUMAH TERBUKA MENTERI PENGAJIAN TINGGI

 - YB DATUK SERI MOHAMED KHALID NORDIN @ DEWAN JUBLIE INTAN JOHOR JAYA -

 Bila tiba hujung minggu pasti sana sini penuh dengan undangan rumah terbuka.Hari ini pulak ada 2jemputan rumah terbuka yang aku nak pergi.Jam 1130pagi aku dah bersiap-siap untuk bertolak ke Johor Jaya.Mula-mula macam malas nak pergi,tapi bila Abang Yunus sms beria-ia mengajak pergi,maklumlah bos besar dia buat majlis terbuka.hehe.Aku pun mengajak sekali Olie & Azie untuk pergi sama.Akhirnya Olie sahaja yang berkesempatan pergi bersama kami.

 Nasi Beriani Gam & daging memang wajib ada kat majlis rumah terbuka menteri-menteri ini dan nasi beriani kat sini memang sedap.Kalau tak ingat nak makan makanan yang lain mau 2pinggan aku tambah.Menu utama lain adalah ketupat,lemang,kuah lodeh,ayam masak merah,Laksa Penang,Mee Rebus,sup tulang dan kueh mueh.Muai sangat-sangat.

 Nasi beriani menjadi pilihan warga yang datang pada hari tu,beratur sikit lah.Tapi masih terkawal hehe.Ramai jugak yang datang ada yang siap bungkus bawak balik lagi.Boleh??

 Haa ini lah dia tuan rumah terbuka pada hari itu.YB Datuk Seri Khalid Nordin.Dapat juga bergambar dengan beliau.Itu pun terpaksa berdiri sebelah dia,dia toleh je kitaorang pun tangkap la gambar nie.hehe.(petua ini di taja oleh Abang Yunus)


 

 Bila turun di tempat kereta mula mengendeng kat pakcik yang masak nasi beriani kat situ,tapi segala teori kipas dan aircon tidak berhasil melentur pakcik itu untuk membungkuskan kami nasi beriani.Pulang lah dengan kehampaan.

 

SERANGKAI KEDUA : MEMBELI BELAH DI JOHOR PREMIUM OUTLET

 Haa tu dia,balik dari rumah terbuka Dato Khalid Nordin,terus menuju ke Johor Perium Outlet,nak beli baju raya buat berjalan katanya.Maklumlah masa bulan puasa hanya sempat cari Baju Melayu je sebab tak pergi Mustafa Center (katernya).Jadi JPO nie lah jadi tempat aku dan Abang Nus mencari bahan.Si Olie pulak menjadi tukang pegang barang kitaorang tiap kali nak pergi ke bilik persalinan.hehehe.

Aku dapat lah jumpa jean pendik dengan kemeja lengan pendik sehelai.Tapi ada sorang mamat tu siap beli berkongsi set pakaian dari Adidas kau...(mengumpat sikit).


SERANGKAI KE 3 : RUMAH TERBUKA TASHA & FAIZ

 Petang tu lepas balik dari JPO,aku terus lepak sampai tertidur.Nasib baik dah setkan jam untuk berbunyi sebelum Margrib.Kalau tidak alamat terus tidur sampai ke pagi la gamaknya.Bukan apa,pada malam yang sama Tasha & Faiz jemput aku ke rumah diaorang.Rumah terbuka lagi katernya.Jam 830malam baru aku sampai kat rumah dia tu pun guna lebuh raya EDL,cepat sikit sampai.

 Haa inilah dia tuan rumah si Tasha tengah mengoreng sampal tempe untuk kali ke-2.Ramai juga kawan-kawan yang dia jemput,Lagipun sambal tempe dia memang sedap,aku tibai sampai 2kali tambah tu (patut la habis cepat).Haa yang ini pulak tokeh ikan bakar tengah nak lelong ikan dia...Sedap ikan bakar yang si adik Tasha bakar kan ini.(tak kesempatan nak amik sebab banyak pemintaan dari peminat heee)

Dah puas melantak kat rumah Tasha,aku pun gerak ke bandar pekena teh tarik mamak kat belakang bangunan Bank Negara.Kena telur setengah masak + teh tarik lepas tu mata dah naik lentok,terus pecut balik ke rumah dan tidur.


- TAMAT LAH AKTIVITI 3 SERANGKAI AKU PADA HARI INI

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget