Sunday, August 5, 2012

Berkongsi Iftar Abang Yunus


Assalamualaikum semua...Bulan-bulan puasa nie semuanya tidak lari dari ber Iftar bersama keluarga ataupun sahabat handai kan?.Aku juga tidak terkecuali dan semalam aku berkesempatan menghadiri majlis Iftar yang telah di rancang seminggu awal di rumah Abang Yunus di Taman Universiti.Seawal jam 11pagi aku dah keluar rumah menuju ke Hotel Kozi di DangaBay bagi menemui keluarga Abang Sani dan Akak Haslina yang turun dari KL dan bermalam di situ.Dari sana kami ke Plaza Angsana menghantar Abang Sani yang menjalankan tugasnya memeriksa dan mengemaskini akaun di salah sebuah cawangan butik syarikat tempat dia berkerja di sana.Tak sangka ketika mahu ke tempat letak kereta untuk pulang kami berselisih dengan Dato Siti Nurhaliza yang membuat promosi produk Simply Sitinya di Watson.Comel dan cantik sungguh Dato Siti.Ok sambung balik dengan agenda buka puasa tadi,memandangkan majlis Iftar ini berkonsep "PodLuck" aku dan keluarga Abang Sani membeli juadah berbuka puasa kami iaitu 

1Dozen I-Donat (12biji)

3keping Murtabak

3 bun Roti John

2kotak Lala bakar

2kotak Mee Goreng

2kotak Nasi Goreng

Tembikai sebiji

 

Manakala Tuan rumah,Abang Yunus menyediakan

Ikan Masak Merah

Ikan kembung masak Kicap

Sayur Capcai Goreng

Nasi putih 

Nugget Ayam

Air Teh dan Air Buah

Azie & Olie membawa Pizza 3Kotak dan kepak ayam goreng yang di bungkus cantik menawan.

Kak Ros,Abang mat dan keluarga membawa lauk Kari Ayam ala Nasi Kandar

Manakala Mai yang tiba lewat akibat kesesakkan membawa KFC Bucket perisa baru yang katernya "dimasak sendiri".


Bila dah kumpul-kumpul jadi meriah dan penuh meja.Maka makanan ringan terpaksalah pulak di letakkan di bawah manakala lauk pauk di letakkan di atas meja.Sambil menanti kehadiran yang lain-lain sampai,acara menonton Astro pun di adakan.Amboi lepaknya anak sedara aku sorang tu yea yang bapaknya kat belakang tu pun lepak jugak? huhu

Sebelum sesi makan-memakan dimulakan , mestilah sesi bergambar menjadi pilihan.Peluang ini mestilah tidak dilepaskan oleh tuan rumah,maklumlah aktiviti wajib tu.


Bila azan bergema seawal jam 718malam,makanan pun di jamah dan di rasai.Memandangkan makanan ringan yang paling hampir jadi semua yang hadir makanlah makan itu dahulu

Makan ramai-ramai sambil bual-bual sedap tau.Tengok je tuan rumah tu,sibuk melayan tetamu sambil sama-sama berbuka.


Selepas berbuka,aku terpaksa menghantar pulang keluarga Abang Sani pulang ke hotel sebab badan dia dah macam nak demam.Mungkin siang tadi terkena air hujan masa nak ke tempat letak kereta di Angsana.Lepas sahaja menghantar mereka aku pulang semula ke rumah Abang Yunus untuk meneruskan sesi pengulungan dan gosip-gosip dunia artis.(wah).Sambil bertukar-tukar topik,air Teh panas di hidangkan oleh anak saudara tuan rumah,iaitu Sapura yang cukup sinonim dengan Teh Inggeris pakciknya itu .Boleh juga tambah ais dan air jus limau Twister jika mahukan sedikit kelainan.Makanan seperti ayam KFC,Donat dan Roti John menjadi pencuci mulut dan makanan ringan kami sambil berkongsi cerita dan menikmati suasana malam di perkarangan luar rumah Abang Yunus.

Akhirnya tepat jam 1030malam bila lihat anak-anak yang lain dah mula mengantuk dan merengek nak pulang,maka acara tersebut pun di tutup dan masing-masing bersalaman untuk pulang.Moga bertemu lagi di Iftar yang akan datang.Maklumlah ada banyak lagi aktiviti bulan puasa yang belum sempat di buat.Terima Kasih yea tuan rumah dan anak saudaranya yang melayan kerenah kami-kamu semua.

Selamat Berpuasa Yea.....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget