Monday, July 30, 2012

Kenangan Kanak-Kanak Aku

 Bila semalam belek-belek album lama jumpa lah gambar lama ini.Nostalgia pulak bila teringat zaman kanak-kanak aku.Ini antara gambar yang telah dapat aku selamatkan dari terus pupus.Gambar kat atas tu amik kat Zoo Singapura dan gambar yang di bawah ini pulak amik kat depan rumah pangsa arwah nenek aku kat Woodlands-Singapura dengan abang-abang aku.

Kat sini nak cerita serba sedikit pasal aku dan keluarga aku.Ayah aku orang Pontian dan Arwah mak aku orang Kampung Duyung Melaka.Mereka kenal semasa bekerja di Singapura.Dulu Singapura masih lagi di bawah satu bendera Malaysia.Ayah dan arwah mak aku berkahwin dan tinggal di sana.kalau tak silap nama kampung yang diaorang duduk kat sana tu "Terpedo".Adik beradik aku semua lahir kat sana,cuma aku je yang lahir kat Malaysia sebab selepas Singapura berpisah dari Malaysia dan membentuk negara sendiri,bapak aku cakap susah nak dapat kerja kat sana dengan kos sara hidup yang tinggi.Jadi masa tu mereka semua berpindah dan duduk di Johor Bahru.Cuma abang sulung aku je yang tak mau ikut keluarga kitaorang berpindah di JB.Dia di bela oleh nenek aku di sana sehinggalah sekarang ini dah jadi warga negara sana.Aku tak malu mengatakan yang dahulunya kami tinggal di setinggan di Kampung Pasir.Haaa kalau korang tengok filem "Setinggan" sekitar tahun 80an,macam mana suasana dalam filem tu samalah dengan suasana kat kampung aku.Dari rumah atas air (ala rumah kat Pulau Gaya-Sabah), sampai lah rumah yang selesa sedikit sekarang.Sedikit demi sedikit aku dapat lihat perubahan dan kemajuan Johor Bahru di depan mata aku.Dari tak ada air & elektrik,pakai generater sampailah main petik kat hujung jari je.

 Aku anak Bongsu,jadi segala yang aku nak mesti arwah mak dan ayah aku akan tunaikan.Gambar - gambar ini di amil masa hari ulang tahun aku.Yang atas tu masa umur aku 4tahun.Parti hari lahir beragam (Masquerade Party) lagi kau.Gambar yang kat bawah lak masa umur aku 10tahun.Masa ini rumah masih tinggi lagi sebab takut air pasang naik.

 Gambar yang ini pulak bersama 2orang kakak kembar tak seiras aku dan abang aku (atas aku).Yeap 2orang kakak aku kembar tidak seiras.Masa ini rumah bawah baru siap sebab dah tiada kejadian banjir lagi kat kampung aku sebab dah di bina benting yang tinggi untuk halang air sungai melimpah.Masa ini kalau tak silap umur aku 13tahun.


BERSAMBUNG .........


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....