Saturday, July 14, 2012

Kau Satu,Aku Satu di McDonalds

 Amboi panjang memoncong sampai boleh sangkut hanger baju kat mulut Abang Yunus (bukan nama sebenar) bila dia merajuk sebab orang lain tak menjawap pelawaan dia untuk menebus kupon McDonalds di atas ini.Jadi untuk membetulkan semula muncungnya yang panjang itu,maka malam hari Jumaat semalam kami pun menjejakkan kaki ke Mcdonald Jalan Skdai bagi menikmati Chicken Foldover.Harga untuk Ala Carte satu Foldover ini RM8.65 jadi bila bawak kupon dapat lah lagi satu lagi foldover.


 Walaupun sudah di beritau di Facebook,tapi masih ada yang tidak mencetak kupon di atas dan membawanya ke sini.Yang sorang tu Kak Rovita (bukan nama sebenar) terlalu sibuk menunggu keputusan peperiksaannya di komputar sekolahnya.Kak Ros (bukan nama sebenar) pulak sibuk menguruskan anak-anak di rumah dan di sekolah.Azie (bukan nama sebenar) sibuk menerima tempahan dan memasak kek.Olie & Abanag Mat (bukan nama sebenar juga) sibuk berkeja sehingga tiada masa nak melihat di Facebook.Nasib baiklah Abang Yunus (bukan nama sebenar) ada mencetak sehingga 3keping banyaknya.Itu pun trade mark "on de way nya" mengambil masa 30min kelewatan.Tapi nasib baik ada dia,3kupon dia bawak tau,dan sebagai penghargaan katanya,dia belanja belikan untuk kawan-kawan yang lain,siap dengan aiskrem lagi. 

 Pakcik rambut merah menyambut kehadiran aku.Rugi tak bergambar dengan dia tau.Dah jumpa mula lah gosip-gosip artis pun keluar.Dari Artis buat album sampai artis lari tak amik tempahan kek.(opss,siapakah? ala takpe dia tak baca blog ini).

 

 Gembiranya dapat makan 2 foldover pada satu harga.Air pulak isi semula sampai 4kali.Tapi ramai yang tak tau leh isi semula kan.Makin lewat makin ramai pulak orang datang kat sini.Duduk berbual pulak dalam tempat yang berhawa dingin,maka makin ligat lah bergosip sampai tak nampak jam dan pukul 120pagi.Laptop lak dah 3-4kali masuk-keluar dalam bag,nak balik je ehh dia leh sambung topik baru pulak.

 Sampai kes Uncle Seekers pun jadi topik hangat kitaorang pada malam/pagi itu.Dan bila nak siap-siap balik,ada pulak orang nak belanja aiskrem,jadi sambung duduk semula.Macam tu lah kalau dah jumpa.nasib baik esoknya hari Sabtu,tak kerja.Tengok jelah meja kitaorang kat bawah ini,mengunung sampah atas meja.

  Dah nak balik masih ada satu sesi lagi yang tak lengkap.Sesi bergambar berkumpulan dengan pakcik berambut merah bersama-sama.(tak habis-habis dengan peace-peace dia hehehe)



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget