Friday, July 20, 2012

JJTW : The Dark Knight Rises

JJTW : Jalan Jalan Tengok Wayang

The Dark Knight Rises


 Amacam? kena tak dengan poster kat belakang tu? hehe.Dah nak dekat puasa ini boleh pulak filem kegemaran aku nie keluar.Jadi malam semalam bersama gang-gang mengeteh kami pun serbulah ke TGV Bukit Indah seawal jam 8malam.Aku makan malam bersama Raymond di Restoran Johnny Steamboat (tapi makan tomyam dengan nasi goreng je-tak amik steamboat pun) kemudian bergegas ke panggung TGV yang terletak di tingkat 3 di bangunan Jusco yang sama.Macam biasalah menunggu gang-gang yang lain tengah "on de way".Satu pasangan tu tengah makan kat JCO,satu lagi pasangan tu pulak tengah tengok berita dalam kereta.Cuma Kak Rovita je lah yang selalu datang awal tiap kali ada temu janji.Nak ajak yang sorang lagi tu pulak kena Over Time dan batalkan pada saat-saat terakhir.Yang lagi satu pulak dah ada temujanji rahsia dengan orang lain...hehehe.(tapi petang nak ajak mengeteh goreng pisang tu)


Oklah bila semua dah sampai dah cukup forum baru lah boleh amik gambar beramai-ramai sebelum masuk ke panggung.Nasib baik jumpa poster Batman yang besar ini,dapat jugak bergambar,tak kiralah orang lalu lalang kat depan,tetap nak bergambar jugak.

Tapi malam ini hanya Kak Rovita je yang datang satu keluarga manakala yang lain-lain datang tanpa anak-anak.(tinggal di rumah nak dating katernya).Nie apa jugak la yang si Raymond dan Fuad tengok kan yea.Dua-dua pandang ke kaunter beli bertih jagung.

 

Filem Batman kali ini tidak sehebat bahagian ke2 yang lepas (lawan dengan Joker) tetapi tetap menarik walaupun mengambil masa 3jam untuk habiskan cerita ini.Watak Batman,Catwomen dan Bane di cantumkan dan menjadi.Cuma lakonan Catwomen kurang menyerlah tidak seperti lakonan Michelle Pfeiffer pada filem Batman versi terdahulu.Untuk jadi Catwomen kena gedik dan manja lebih-lebih macam kucing,kucing kan manja.Ada bahagian-bahagian yang membosankan jugak.Untuk filem ini aku hanya bagi 4 (****) bintang sahaja.

Amboi sukanya mereka-mereka ini bergambar sebelum masuk kepanggung yea.Tayangan bermula jam 9malam dan berakhir jam 12tengah malam.Nasib baik juga diaorang tak bawak ramai anak-anak.


Dah yea...esok semua kena puasa.Jangan Lupa..!!


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget