Saturday, June 23, 2012

Novel Sepanjang Hayat

Aku minat novel juga,tapi novel-novel yang aku baca bukanlah novel jiwang-jiwang karat yang macam orang lain baca.Aku lebih berminat pada novel ceraka , lebih kepada sains fikyen atau hayalan.Mungkin juga aku di besarkan dengan buku-buku cerita begitu sejak aku kecil lagi.Salah satu novel kegemaran aku adalah Novel yang di karang oleh Abang "Ahmad Patria Abdulah" Novel sambung menyambung yang sudah lama berada di pasaran sejak aku tingkatan 1 lagi.Novel ini di perkenalkan oleh salah seorang rakan kelas aku di sekolah.Masa tu novel ini hanya di keluarkan sehingga episod ke 2 sahaja."Permata Aurorios" dan 'Kota Arialun".Masa aku di tingkatan 5,barulah novel ke tiga beliau keluar bertajuk "Kembar Artakus".Selepas 2tahun aku tamt SPM barulah aku dapat tahu buku siri ke 4 hingga ke 6 (Petua Azkram,Puteri Alindalia dan Pedang Aurora) sudah di terbitkan,dan aku bergegas ke kedai buku untuk mendapatkannya.Ingat lagi masa tu kedai Badan Book Store ada di Jalan Wong Ah Fook depan City Square.Tapi sekarang kedai tu dah tutup dan di pindahkan ke Plaza Angsana.Aku terlepas mendapatkan buku karya beliau yang ke 7 iaitu "Legenda Nemerius".Kalau ada jual pun,mereka yang jual tu nak ambil keuntungan menangguk di air keruh dengan menjual 5x ganda dari harga yang penulis jual.orang macam ini pun ada kat dunia.Tapi tak apalah buku ke 8 dah pun keluar iaitu "Cabaran Lodra"telah dapat aku miliki.Cuma Karangan kali ini kurang "kick" dari karangan-karangn beliau yang sebelumnya.Di harap sangat-sangat Abang "Ahmad Patria Abdullah" dapat menyelesaikan novel ini ke penghujung.Bukan apa,aku menunggu terlalu lama untuk mengetahui penghujung cerita ini.Aku pernah cerita kat anak-anak saudara aku tentang kehebatan novel-novel ini,tetapi bila mereka dapat tahu novel ini masih lagi bersambung dan aku tidak mempunyai novel yang terakhir mereka terus tak berminat membaca novel yang tergantung jalan ceritanya.Jadi harap sangat-sangat lah beliau dapat menamatkan novel ini sehingga ke akhirnya.Bukan apa,ini agar generasi yang terkemudian dapat menjiwai novel ini.



 Aku pun bukan lah 100% tak baca novel cintan cintun,tapi novel-novel macam ini aku baca hanya yang terbaik sahaja.Kerana aku begitu memilih untuk meluangkan masa membaca buku-buku cinta yang meleret-leret dan berbunga-bunga.Antara Novel buku cinta yang palinag aku suka adalah "Cinta Terakhir" karya Ujang dan "Lagenda Budak Setan" serta sikuel-sikuel nya iaitu "Katerina" & "Kasyah" karya Ahadiat Akashah.

Selain dari tu aku memang tak bacalah.Maaf yeaa..

2 comments:

Bitt (doubeIS) said...
This comment has been removed by the author.
IBU HAYATI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget