Sunday, June 24, 2012

JJTW : Abraham Lincoln Vampire Hunter

JALAN - JALAN TENGOK WAYANG (J.J.T.W)

 

 Cuti hujung minggu semalam aku berkesempatan menonton filem baru bertajuk

 "Abraham Lincoln Vampire Hunter".

Sememangnya sebuah filem yang cukup bagus dan penuh dengan plot-plot yang mendebarkan.

Menonton bersama teman-teman di TGV Bukit Indah memang berbaloi.Mana taknya dengan harga tiket wayang yang mahal iaitu RM14 seorang pasti mengharapkan sebuah filem yang bagus.Tapi lebih menarik kalau anda bawak kawan-kawan anda yang suka terperanjat & menjeret dalam panggung datang.Mesti filem yang "triller" macam ini jadi sesi pandang-memandang dan gelak tawa.

 Pintu panggung di buka seawal jam 845malam,tetapi tayangan hanya bermula jam 9 malam.Terasa satu jam setengah tayang filem itu memang berbaloi.Jalan cerita mengesahkan tentang kehidupan President ke 16 Amerika iaitu Abraham Lincoln yang menyaksikan pembunuhan ibunya oleh pontianak.Mula dari hari itu dia menyimpan dendam untuk menghapuskan pontianak yang semakin hari semakin mengembangkan kumpulan mereka di utara Amerika.Aksi perang saudara,cinta,pertarungan,politik dan persahabatan dijadikan rencah yang menarik dalam filem ini.

5* untuk filem ini.Tahniah Tim Burton!


1 comment:

IBU HAYATI said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget