Monday, June 4, 2012

Bowling Oh Bowling

Sekali lagi bertempat di Arena Bowling Danga City Mall,pertandingan 5 sebelah 2 sebelah 2 telah di adakan.Kali ini pertandingan menyaksikan pertembungan antara suami & isteri, anak-anak dan ibu-bapa dan kawan-kawan baru dengan kawan lama.

Pertama sekali di ucapkan selamat datang kepada peserta baru kita yang baru sahaja menceburi pertandingan group makan kitaorang ini iaitu En Lenny Hassan yang mewakili Taman Tun Aminah bahagian Utara.Pertandingan di adakan sebanyak 2 set dan di mulakan pada pukul 9malam di atas kelewatan membeli belah dan makan-makan di majlis hari jadi.Pada malam itu juga kita dapat menyaksikan pembelian hebat sarung tangan berkuasa tinggi bagi memenangi acara lontar bola bowling.(ala kalah jugak...huhuh)

Aksi-aksi terkini dan menjanjikan atlit-atlit menunjukkan bakat dan skill yang telah di pelajari sebelum perlawanan di mulakan.kesemuanya telah melakukan latihan dengan penuh dedikasi sebelum perlawanan lagi.Ada yang tak sabar-sabar menunggu terus mengambil lane yang baru sahaja di buka.

Keputusan perlawanan pada malam tersebut.


Aksi ini adalah yang paling menjanjikan...kaki tu kena pastikan keras dan pasang kuda-kuda yea

Selesai sudah perlawanan tersebut,acara di teruskan dengan aktiviti makan-makan.Restaurant kali ini yang kita cari adalah "Restaurant Sbai-Sbai Seafood" yang terletak berhadapan dengan Bangunan FAMA dan Klinik haiwan (betul-betul sebelah JPJ Lama).

Dan seperti biasa acara makan-makan mesti yang sorang lagi akan pasti datang,walaupun datang lewat di atas sebab-sebab yang tertentu.Amboi meriah lah meja malam tu dek helaian dan tawa nya


Laporan ini di sediakan oleh : TAM TAM DO RE MI



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget