Saturday, June 2, 2012

Baby Shower a.k.a Lengang Perut


BABY SHOWER

 Mungkin ramai yang tertanya-tanya apa itu Majlis "Baby Shower".Ia adalah sama seperti Majlis Melengang perut yang dulu pernah dan selalu orang kita buat.Jadi untuk menampakkan macam mat salleh sikit di sebutnya "Baby Shower".Aku tak sempat nak menghadiri awal di majlis itu sebab ada tugasan penting di Batam tetapi sempat sampai pada pukul 530petang.Majlis kejutan itu di rancang oleh Geena & keluarganya ke atas Atika yang bakal menjadi ibu tidak lama lagi.

 

 Memandang konsep hari tu adalah Merah Jambu,maka ramailah berkuyun-kuyun datang dengan berbaju Merah Jambu dan sangat sedondon.

Majlis bermula jam 3petang dengan penyusunan kuih-kuih dan muih-muih.Kehadiran dan kejutan buat bakal mak budak meyebabkan dia menangis dan tidak mahu kelaur kereta.Mujur setelah di pujuk oleh bakal bapak budak barulah dia tenang dan kelaur dari kereta dengan penuh keceriaan.Malah hadirin yang berpakai baju kemeja pink pun turut tersenyum lebar (menurut saksi kejadian)

 

 Setelah puas menjamu selera,acara bergambar pun di adakan,sebelum semuanya meminta izin untuk pulang sebab hari pun dah nak senja.Buat bakal ibu,Atika dan bakal bapa , Anwar...selamat menyambut dan sabar menanti kehadiran orang ke-3 dalam hidup anda yea.Moga Gembira selalu.

Sebenarnya pada pagi hari yang sama aku terpaksa membawa kenalan-kenalan baru membuat lawatan ke Batam.Seronok pergi kali ini sebab kali ini dapat merasa duduk di atas dek kapal catamaran sambil menikmati panorama Pasir Gudang & Singapura dari Selat Johor.Pulang semula ke Johor Bahru dan tiba jam 5petang.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....