Saturday, May 26, 2012

JJTW - MEN IN BLACK 3

Mari kita menjengah ke pawagan dan jalan-jalan tengok wayang (J.J.T.W) ada cerita apa minggu ini....

Ooooo rupa-rupanya cerita 

"LELAKI BERBAJU HITAM III " A.K.A "MEN IN BLACK III"

telah menjengah ke panggung wayang minggu ini.Jam 630petang aku dah terconggok kat depan Leisure Mall untuk membeli tiket di Golden Screen Cinema.Satu-satunya panggung wayang yang paling lama bertahan di Johor Bahru.Kalau tak silap aku panggung wayang ini bukak masa aku Tingkatan 2.

(adalah dalam 15-20tahun).

Panggung ini di buka saat panggung-panggung wayang di sekitar Johor Bahru di tutup kerana tak mampu bertahan lama di sebabkan lambakkan Video Tape cetak rompak (dulu belum ada VCD/DVD lagi) di pasaran Malaysia.Memang banyak kenangan manis dan pahit aku di panggung wayang ini,menjadikan ia pilihan aku tiap kali menonton wayang di sini.

 Ok kita berbalik semula pada cerita MIB3 ini....jalan ceritanya sangat bagus, kelakar dan menghiburkan.tak rugi kalau tengok bersama keluarga.Malam itu aku bersama Olie,Azie,Nik,Fuad dan family bersama menonton sampai tergelak-gelak.Tapi sebelum tayangan bermula aku sempat jugak la gunting rambut kat kedai mamak kegemaran aku , mandi dan solat di Masjid Taman Pelangi dan makan malam di Warung Nasi Goreng kegemaran aku bersebelahan Maybank-Taman Pelangi.(tapi sejak taukeh kedai arwah suami akak nie meninggal,nasi gorengnya kurang rencah-rencah lah)

Thursday, May 24, 2012

Acara Potong Kek Suka-Suka

Bertempat di Restaurant Perkampungan Melayu (Malay Village) Nusa Bistari , jam 830 malam,satu acara memotong kek suka-suka telah di adakan.Acara ini adalah bertujuan untuk memberi rasa kek kepada kawan-kawan.Kek ini telah di buat oleh Ozie a.k.a Azie Bini Roslie a.k.a Olie (kiri - gambar).

Kek ini berbentuk bulat dan beratapkan logo bola sepak English ternama yang telah kalah iaitu "Liverpool"Acara telah di rasmikan oleh Olie dengan memotong kek sehingga habis makan.

 Makanan-makanan lain pada malam itu telah di sumbangkan oleh Puan Rovita di atas kemurahan hatinya setelah mendapat durian runtuh pada Hari Guru tempoh hari.Moga beliau di murahkan rezeki lagi (naik segan pulak asik-asik dia je yg belanja kita nie).

Para hadirin yang turut hadir pada malam gala potong kek terbabit adalah seperti berikut :-
1.Nik , Fuad dan hero-heronya...
2.En Mohd Yunus a.k.a Pengerusi a.k.a Abang Chu
3.Olie,Azie & heroin Heroinnya...
4.Kak Rovita & heroin-heroinnya....
5.Kak Ros & Abang Mat a.k.a Abang & Minah  bikers.
6.Aku a.k.a Rio Azzaro

Saat makan mereka semua di hidangkan dengan makanan-makanan yang enak-enaks di samping cerita Pocong mengamuk di TV3 
(ramai yang tak suka dan ketakutan tapi jeling-jeling tengok jugak).
Hujan lebat kadang-kadang bertukar renyai-renyai,menjadikan malam itu bertambah sejuk dah romantik (apanyer).Majlis berakhir jam 11malam sebab En Mohd Yunus a.k.a Pengerusi dah mengantuk.

SEKIAN - WASALAM 
KARAM KAPAL UNTUK BULETIN RIOAZZARO

Latihan Demi Stamina

Yea kawan-kawan semua.Jangan ingat kita ini sihat,kita tiada penyakit.Bagi menjayakan seruan kerajaan dan agama,kita mestilah beriadah dah bersenam untuk kesihatan diri.(dah macam bagi ceramah lak aku ini)

Sebenarnya tengah teruja bila tiba hari Rabu.Hari yang telah aku di tetapkan dalam jadual harian aku untuk berbasikal.Aktiviti ini di panggil
 "Spinnig Class"
Bertempat di Clark Hatch Fitness Center setiap hari Isnin,Rabu,Jumaat & Sabtu.Tapi aku selalu amik hari Isnin,Rabu dan kadang-kadang Jumaat.

Sunday, May 20, 2012

Santai di Hujung Minggu

 Ahad selalunya waktu untuk tidur lebih lama dari hari biasa.Tapi entah kenapa hari ini aku rasa macam tak mahu memanjakan diri.Seawal jam 8pagi aku di kejutkan dengan bunyi pengera lonceng.Segera bangun membersihkan diri kemudian bersiap-siap bersarapan pagi di warung tepi jalan mengadap Pekan Rabu yang menjual Roti Canai.
2Keping roti canai +Nasi Lemak Bungkus + Teh O
= RM 3.40 = 
Jam 915pagi aku dah tercongok depan Komplek Renang Larkin menunggu kawan aku yang tak sampai-sampai.Nie kalau tunggu lama-lama leh jadi beku aku.Terus tutup enjin kereta kemudian masuk ke kolam renang terus.Alhamdullah aku berjaya membuat 10 pusingan lap walaupun mengambil masa satu jam.
Jam 1045pagi aku mula meninggalkan kolam renang,maklumlah tangan dah mula kecut.Lama-lama nanti boleh kena "sun burn" lak.Pulang je terus ke rumah tengok lak kartun kegemaran aku "Ben 10".Biarlah memang aku suka kartun...lalalala

Hujan pun turun sekitar jam 2petang sedap jugak bila dapat tidur.Kira-kira jam 3petang aku terjaga dari tidur,mana taknya hujan dah berhenti dan haba panas mula naik di sejat menjadikan suhu kat bilik menjadi panas.Tak boleh tidur.Perut mula lah rasa lapar.Jam 5petang aku sms Abang Yunus & Kak Ros (geng mengeteh aku) ajak kuar makan.Tapi di sebabkan tugas,Kak Ros tak dapat join sebab abang Mat Shah (suaminya) kena bertugas.Mulanya rancang nak makan Mie Rebus Stulang,tapi akhirnya tersangut kat Area Sutera Mall.Nak makan kat kedai "HWA TAI" katernya.Pelik gak,sebab setahu aku HWA TAI tu kedai jenama baju & biskut.Nasib baik dapat sms pembetulan "Restaurant Hwa Mui".Susah jugak nak cari sebab terletak di belakang deretan rumah kedai bersebelahan Restaurant Peking di tambah pulak dengan informasi "GPS" mulut yang tidak berapa paham.Hampir-hampir putus asa juga.Tapi akhirnya jumpa setelah 3kali buat pusingan.Ini adalah cawangan ke dua selain yang pertama terletak di tengah Bandaraya Johor Bahru (Jln Dhoby)
Menu semua sedap-sedap belaka.Murah pun murah dan tiada di kenakan "service & goverment taxes"
Teh tiga lapisan 2gelas + Mie Goreng Mamak + Mie Goreng Hwa Mui 
= RM 19.60 =
 Cukup puas hati dengan layanan dan lokasinya.Ada banyak rupanya kedai-kedai makan yang ekslusive dekat sini.Sempat jugak bergosip-gosip tentang dunia artis Johor dengan En Abang Yunus.Lain kali boleh datang lagi ke kawasan ini.



Monday, May 14, 2012

Ekspedisi ke Batam

 Jelajah untuk kali ini adalah ke Pulau Batam.Pulau yang menjadi sebahagian daripada hak milik Indonesia dan terletak kira-kira 2jam perjalanan bot dari Terminal Fery Stulang Laut.Bersama 5 lagi teman yang mengikuti ekspedisi kali ini telah pun bersedia dari segi mental,fizikal & speritual.

 12May2012
Berkumpul di depan kompleks Zone Stulang Laut kami mengisi perut bersarapan dulu di gerai hadapan komplek tersebut.Di sebabkan tarikh kami pergi bertembung dengan Uji Bakat Kilauan Emas di komplek tersebut,maka gerai makan pun menjadi sesak.Sarapan aku pagi itu Mie Hoon,telur goreng,bagedel & nescafe tarik.Itu pun terpaksa ke dapur untuk amik minuman sendiri sebab gerai dah terlalu ramai orang.Antara yang turut makan dan minum di situ adalah Klon Razif Ismail JB yang terkenal dengan nyanyian "Biar Bulan Bicara" di karaoke-karaoke sekitar Johor Bahru.Sebelum bertolak masuk ke Ferry terminal,sempat juga beliau mengucapkan "ALL THE BEST" buat peserta-peserta ujibakat Kilauan Emas pada hari itu.Setelah memdapatkan tiket ferry di kaunter,aku pun bergegas ke jety untuk mendapatkan fery.Bertolak tepat jam 930pagi waktu Malaysia,ekspedisi pun bermula dengan jarak perjalanan mengambil masa 2jam.
PEMANDANGAN DARI FERRY MEMANG MENGASIKKAN JIWA.INILAH TERAPI MINDA BUAT AKU.MELIHAT SENDIRI PELABUHAN PASIR GUDANG,SENOKO-SINGAPURA DAN PULAU-PULAU KECIK DI SEKITAR JOHOR BAHRU & SINGAPURA MEMANG MENJANJIKAN.MAKLUM LAH SEMUA BENDA YANG DI DIRIKAN DI MUKA BUMI INI ADALAH BERKAITAN DENGAN CIVIL ENGINERING (katernya)
Jam 1130pagi (waktu Malaysia) / Watu Indonesia 1030pagi kami sampai di Pelabuhan Batam Centre.Keluar ke terminal aku terus menaiki teksi ke hotel.Hotel yang telah di tempah adalah Goodway Hotel Batam.Sesi bergambar pun bermula.Dah macam kumpulan boy band dari Indon lak bila bergambar macam nie.
Hilangkan penat dengan rehat sebentar di bilik hotel dan sekitar jam 1petang barulah keluar mencari makanan Nasi Padang di sekitar hotel.Nasib baik restaurant itu tidak jauh dari hotel.Makanan Nasi Padang memang menyelerakan,lebih-lebih lagi bila di panaskan berulang kali dengan bunga Chengkeh yang berwarna merah.Yummy...Boleh tahan mahal jugak harganya.Sekitar RM33 seorang.

 Rombongan Cik Kiah pun meneruskan penjelajahan selepas selesai sahaja makan tengahari.Kali ini dengan keyonyong-konyong perut yang tengah sarat kami berjalan dari sekitar pekan Nagoya terus menuju ke Mall Nagoya Hill.Nak beli kasut adalah acara utama.Acara membeli belah tidak dilupakan.Nak-nak diva-diva dan Otai-otai yang berbelanja,riuh seantorio shopping mall kedengaran suaranya.Pengunjung yang lain ada yang siap berkerumun melihat apakah yang terjadi.Rupa-rupanya ada orang yang gembira sangat dapat membeli sarung hand phone baru & kasut dengan tawaran diskaun 50% + 30% (bayar guna kredit kad tau) 

Sekitar jam 8malam baru lah pulang ke hotel untuk membersihkan diri sambil merehatkan badan.Katanya mau amik gambar di waktu malam di Batam,tapi akhirnya duduk kat Piano Lounge mendengar muzik secara langsung dari penyanyi.Semangat nak menari yang pada mulanya ada,tetiba senyap mungkin sebab mengantuk sangat.Lewat jam 130pagi barulah aku pulang ke bilik untuk beradu.


13 May 2012 
 Hujan pada pagi ini menjadikan aku liat untuk bangun.Jam 8pagi baru lah tersadar dan menyiapkan diri untuk bersarapan pagi di hotel.Makanan sarapan paginya adalah biasa-biasa sahaja.Menu Nasi putih,ayam masak merah,Omelet, Mee hoon goreng , Bubur nasi (sedap sangat) , Roti-roti dan pemanis mulut.Bersarapan pagi sambil bergosip-gosip tentang duni hiburan dan dunia politik dan tak lupa juga dengan dunia civil.Selepas itu kami berkemas-kemas untuk daftar keluar dan menyewa van untuk jalan dan pusing-pusing sekitar Batam.Memandangkan masa yang ada tidak lama,aku hanya dapat memperuntukkan masa 3jam sahaja.Lawatan pertama adalah ke Pacific Hotel yang berbentuk kapal persiaran.Kemudian ke Mall BCF membeli-belah buat kali terakhir sebelum pulang.Kueh Bingka menjadi pilihan semua dan Aiskrem Buskin Robbin menjadi pilihan Azie.(murah katernya kalau beli 2skoop).Manakala Bag troli Barbie menjadi pilihan Kak Ros (dah besar-besar pun nak main dengan Barbie..huhu).Sepanjang perjalanan dah tak tengok pemandangan kanan & kiri sebab asik berbual sesama sendiri.Tapi aku juga yang untung sebab dapat melihat 2 pekan yang terbahagi dua oleh bukit di Batam.Satu pekan adalah tempat pentadbiran & pembangunan penduduk Batam,manakala satu lagi pekan adalah tempat penempatan penduduk yang berkerja di kilang-kilang sekitar Batam.Makan tengahari pula di sebuah restaurant makanan laut "Golden Prawn 555".Udang kara adalah menu utama di restaurant ini,tapi aku hanya memilih Udang putih , Ikan Kerapu (kakap dalam bahasa Indonesianya) dan Ketam masak cili.Hargnya?? cukup munasabah RM270 untuk 6orang makan.Paling sedap makan adalah udang putih kecik goreng butter.Memang rangup dan manis sebab masih lagi fresh.Boleh di makan begitu sahaja.Ketam Masak cili nya juga memang menyelerakan.Isinya yang manis di gigit oleh gigi yang tajam sambil sambalnya yang walllllaaahhhh.........

Puas sudah menjamu selera kami ke kilang membuat kerepek dan oleh-oleh Batam untuk di bawa pulang sebagai hadiah buat teman dan saudara-saudara di JB.Ada juga yang membeli telur penyu yang sudah di masak untuk di makan kemudian.Bertolak pulang menaiki ferry dari Batam ke Stulang Laut jam 1530hrs waktu Indonesia (430petang waktu Malaysia).Masuk je ferry semua lepak tidur kepenatan.Agak penuh juga ferry pada petang itu.Jam 630Petang fery tiba di jeti dan kami sambung mengeteh di Stulang Laut sebelum pulang jam 8malam ke rumah masing-masing.
 Yang penting seperti baju ini :-
Bapak Kerja
Ibu berbelanja
Anak-anak lak bermain


Thursday, May 10, 2012

Jadilah Pencatur bukan yang di Catur


Di sini saya hendak berkongso dengan anda semua tentang mereka yang cuba mencaturkan dan siapa yang menjadi buah-buah catur.Saya tidak memberitahu anda jangan sokong PAS,PKR atau UMNO,tidak.Saya tidak akan pernah memberitahu begitu.Saya hanya memberitahu cara yang betul untuk berjuang supaya tidak dicaturkan secara senyap.Caranya mesti betul,jika tidak,anda akan membuat kesilapan demi kesilapan sehingga anda dan tanahair anda akan dijual kepada musuh-musuh anda.

Siapa tidak boleh menafikan bahawa Islam adalah musuh nombor satu organisasi Kabbalis dan Luciferiancraft,yang menjadi anutan elit-elit dunia.Jika anda lahir sebagai seorang Islam,anda telahpun memiliki beberapa musuh seperti:syaitan,nafsu, orang kafir,munafik,Nasrani,Yahudi,Majusi, penyembah berhala,orang Islam yang dengki kepada anda dan juga ini,para penyembah syaitan yang kini menguasai hal ehwal dunia planet Bumi.

 Dalam pesanan ringkas ini,saya ingin membawa semua pembaca supaya berfikir sejenak,dan mengambil tindakan sesuai dengan logik akal.Dalam dunia yang dipenuhi segala propaganda,kita mesti bijak menapis segala maklumat yang ada,bukannya menjadi seperti lembu yang dicucuk hidung.Gunakan akal
anda.Bertindak dengan bijak

 Mari kita lihat apa yang ada di atas papan catur.Kita ada UMNO,PAS dan PKR
yang dipimpin oleh Melayu Islam.Kita ada DAP/MCA/MIC sebagai paksi politik yang dipimpin oleh non-muslim.Selebihnya ialah NGO.NGO ialah badan bukan kerajaan seperti Sister In Islam,Suaram,Perkasa dan lain-lain.Dalam sesetengah keadaan,NGO ini adalah sebenarnya parti dalam parti.Mereka mampu mencatur politik sesebuah parti.Dalam isu terkini,seperti isu Bersih 2.0 & 3.0,kita sebagai orang Islam,khasnya orang Melayu kena berfikir matang dan waras.Pertamanya,siasat latarbelakang SIAPA YANG MENGGERAKKAN IA.Siapa penganjurnya,siapa pendukungnya?Jika anda tahu siapa di belakangnya,anda
kaji,apakah pandangan sosio-politiknya,fikrahnya atau halatujunya.Jika anda tahu siapa penggeraknya,tanya diri adakah aku perlu menyokongnya?

Baca apakah motif mereka mengadakan perhimpunan tersebut.Tanya diri,adakah menjadi keperluan untuk aku sertai mereka?Orang Melayu kena bijak,kerana mereka adalah target yang akan dimangsai cukup-cukup dalam Bersih nanti.Bagaimana?Anda kena baca tentang PAS yang berjanji akan menggerakkan kira-kira 300000 orang untuk menyertai perhimpunan Bersin 2.0 dulu.Siapa mereka?Orang Melayu-Islam.Adakah kita mendengar tentang janji DAP atau Hindraf untuk menggerakkan dengan jumlah yang sama untuk Bersih 2.0?Adakah anda terbaca,DAP akan menggerakkan 300000 orang Cina untuk menyertai Bersih? TIDAK.Tidak ada janji seperti itu.Maka yang akan terpekik terlolong adalah Melayu-Islam.Yang buat kerja adalah Melayu Islam.Yang memerhati adalah musuh-musuh Melayu-Islam.Yang buang masa di tengah panas adalah kita,yang tolong tengok adalah mereka.Kemudian kita tengok di manakan mereka akan BERKUMPUL.

Mereka akan berkumpul di SOGO,Dataran Merdeka,Masjid Kampung Baru dan sekitar Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.Saudara-saudaraku,ini tempat lepak orang Melayu.Lihat,masjid Kampung Baru ada dalam senarai.Mengapa mahu berkumpul di masjid,tidak di gereja atau tokong?Penganjurnya ialah non-muslim yang memusuhi Islam.Mengapa gunakan masjid?INI ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa berkumpul di SOGO,bukan di Low Yatt atau Bukit Bintang?Sebab SOGO dan sekitarnya tempat biasa orang Melayu membeli belah dan 'hang out'.Sekali lagi ADALAH UNTUK MENGUMPULKAN MELAYU-MELAYU BODOH BAGI TUJUAN DIPERGUNAKAN.Mengapa di kawasan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur,bukan di depan Berjaya Times Square? Why? Why my brothers?

Jadi,adakah kita menjadi pencatur atau kita dicaturkan?

 Cukup.Cukup kita dipergunakan.Jangan ulangi lagi kesilapan yang lalu.Bersih didokong oleh non-muslim yang memusuhi kamu orang Melayu dan agama Islam.Mereka mahu kita orang-orang Melayu menjadi Hamba untuk mereka.Untuk tidak nampak dipergunakan,beberapa orang Cina dan India (non-muslim) akan turun untuk beri semangat kepada Melayu-Melayu bodoh ini untuk terpekik terlolong di jalanraya.Majoriti akan mengambil sikap tunggu dan lihat.Silap haribulan,yang bertempur di jalanan nanti adalah Melayu PAS dan PKR,Melayu UMNO dan Melayu Perkasa.Non-Muslim akan bertepuk tangan dan menonton hiburan percuma ini sambil bergelak ketawa di hadapan tv.

 Saya berpesan kepada saudara-saudara saya supaya fikirkan tentang ini.Kali
ini kita buat seperti kaum Cina buat setiap kali ada isu,iaitu TUNGGU DAN
LIHAT.Jangan turun ke perhimpunan.Biar Ambiga dan kuncu-kuncunya terpekik terlolong dalam panas.Ingat,biar mereka yang buat kerja,bukan kita.Kita terlalu mulia untuk terpekik terlolong macam anjing di jalanan.Jangan biarkan Ambiga selesa di pejabat memantau kita yang terpekik terlolong,paksa dia turun dan paksa dia terpekik terlolong.Kita diam dan saksikan sahaja dia menjerit. Ingat,caranya mesti tepat dan betul,untuk menang di atas papan catur.Tidak perlu saya beritahu adakah pesanan saya ini diizinkan untuk disebar atau tidak.Adakah perlu turun ke perhimpunan atau tidak.
Jadilah pencatur,bukan yang dicaturkan




Wednesday, May 9, 2012

Undangan Majlis HariJadi Anak Roslie & Azie

 Salam Ulang Tahun Nur Syahadah
ke 12 Tahun
 Bertempat di Banafee Village Jalan Abdulah Tahir semalam,aku dan teman-teman yang lain telah di undang oleh pasangan Azie & Roslie untuk menghadiri majlis Ulang tahun Puteri kesayangan mereka yang bernama Nur Syahadah Binti Rosli yang ke 12tahun.Majlis bermula jam 830malam dan pada malam itu tiada lagi "On The Way" yang di sebut-sebut kecuali "nak tengok berita dulu" je yang ada...hehe.Perut pun masa tu dah teramat lapar jadi bila nampak makanan-makanan yang terhidang di depan mata mula lah selera pun datang.Menu seperti Tomyam Campur,Ayam masam manis,Ikan Siakap 3Rasa,Udang Goreng Butter,Sotong Goreng Tepung,Kangkung Goreng Belacan dan jamah bersama Nasi Goreng Cina & nasi putih betul-betul menyelerakan.
Bak Kata Chef BJ Kadir "sedap cik kiah".....

Inilah dia muka Birthday Girl kita pada malam itu,cukup ceria dan gembira.Mana tak nya semua orang nyanyikan lagi Selamat Ulang Tahun kat dia,sampaikan penyanyi kugiran (dah lama tak guna nama kugiran tu) pun menyampaikan lagu buat dia.Kembang je hidung mak,ayah dan anaknya sekali..hehehe
 Kek pun tak agak-agak mak dia buat.Dengar khabar buat sampai 2hari-2malam bersengkang mata.Tengok je lah hasilnya,menarik & sedap.Dengar-dengar lagi berat keknya pun mencapai sampai 5kg.Penuh dengan kasih sayang di buatnya kek itu (katernya)
 
 Majlis di akhiri dengan acara memotong kek dan gosip-gosip sesama artis.Para anak-anak dara sunti pulak siap cari port sendiri untuk bergurau senda di luar restaurant.Para anak-anak yang kecil pula berlari-lari di sekitar meja sambil mengurat abang waiters....mengurat punya mengurat dapat lah seorang tu kebas abang waiter,siap dibelanjanya makan aiskrem lagi kau...
 Jap jap,eh kenapa la ketua gang budak-budak nakal yang pakai baju kemaja nie mesti ada nak interframe nie...hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget