Wednesday, April 25, 2012

Promosi Makan Pizza RM40

 Selasa lepas,aku berkesempatan menebus kupon baucher makanan pizza untuk 3viva pizza + 6 sup cendawan pada harga RM40+ sahaja.Seperti biasa , acara makan-makan ini kenalah di hadiri oleh teman-teman debab ku yang kuat makan jugak dan seperti biasa jugaklah kelewatan memang selalu terjadi.(dah lali dah).Sebab tu aku lebih suka membuat temu janji awal sebab kalau makin lewat aku letak masa,makin lambat la kawan-kawan aku ini akan tiba.Rasanya kalau la ada mayat mati tengah jalan,mesti mayat tu dah keluar ulat sebab lambat sangat diaorang datang nak angkat & ambil taman.lalalala.Apapun walau macamana lambat tengok berita atau baru lepas mandi (tapi dah cakap on de way) atau masih lagi kt Johor Check Point,diaorang akan tetap datang juga,tu yang buat aku sayang kat kawan-kawan aku nie....(dalam hati menyumpah-yumpah ini)

Aku pun dah tak tau lah apa dah jadi dengan blogspot ini.Naik tension aku bila diaorang tukar format baru.Aku nak menyusun gambar-gambar aku ini pun aku dah tak reti.Tak macam format yang lama,lebih senang nak buat dan aturkan jadi lebih teratur.Macam sekarang ini tunggang langgang aku di buatnya.

Berbalik pada cerita aku makan pizza tadi,sebenarnya baucher makanan ini hanya untuk take away dan tidak boleh makan di permis mereka.Masa nak ke sana aku dah beritahu pun semua kawan-kawan aku ini awal-awal lagi.Ada yang bagi cadangan beli bungkus kat kedai pizzahut lepas tu bawak ke Habib Restaurant yang mana aku rasa tak seronok.Aku cadangkan daripada bungkus bawak makan kt kedai mamak, kan lebih baik kita order minuman kt kedai pizza hut tu kemudian makan je la makanan yang dah di bungkus kat tempat yang sama kan.Kalau diaorang tak kasi guna pinggan mangkok diaorang,kita tak payah la guna.Takat pizza makan guna tangan pun boleh.Sama je kan konsepnya? 
 
 Bagi yang berimiginasi yang indah-indah sahaja.biarkan lah dia begitu.tak dapat dah den nak tolong dia...Janji awal-awal dah beritahu macamana konsepnya.Apapun bila dah kenyang,dah dapat amik gambar berkeping-keping,makan sambil hentak-hentak meja pun dah tak pandang kiri kanan lagi dah.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....