Tuesday, April 10, 2012

Hantu Lilin Dataran Bandaraya Johor Bahru


Sek
itar tahun 1995,Johor Bahru di gemparkan dengan kemunculan Hantu Lilin di Dataran Bandaraya Johor Bahru.Kisah bermula apabila satu keluarga beriadah di waktu malam sambil menikmati angin laut & pemandangan di Dataran Bandaraya.Mereka mengambil gambar di air pancutan yang terletak di tepi tangga menara jam.Selepas penat bergambar mereka pun pulang ke rumah dan keesokkannya menghantar rool filem kamera mereka untuk di cuci.(Zaman dulu belum ada Kamera Digital yea) .Sebaik di cuci dan gambar di amik mereka terperanjat apabila salah satu gambar mereka terdapat imej hantu sedang memegang lilin.Untuk pengetahuan korang semua,masa tu aku bekerja sebagai kerani biasa di Pejabat Barita Harian & Metro Bandar Baru Uda sementara menunggu keputusan SPM keluar.Dua hari sebelum cerita ini keluar di Harian Metro, keluarga ini ada menghubungi pejabat Berita Harian untuk di beritahu tentang kejadian tersebut dan akulah yang menyambungkan talian mereka kepada wartawan Harian Metro.Mulanya wartawan tidak percaya dan meminta mereka hadir dengan membawa gambar tersebut.Tapi bila mereka datang dan membawa gambar & negetif filem gambar hantu tersebut barulah wartawan percaya dan berjanji akan mengeluarkan cerita itu di Harian Metro.Aku dan beberapa pekerja yang lain sempat melihat gambar yang mereka bawa memang original dan tiada kesan teknik imposed pun.


Sehari hari selepas itu Harian Metro pun mengeluarkan cerita "HANTU LILIN " di muka surat depan berserta gambar yang mereka dapat.Kalau tak silap aku itulah kali pertama Harian Metro Johor mencapai jualan 1juta naskah.Telefon kat pejabat aku berdering-deriang dari pagi sampai ke malam sampai aku tak larat nak menjawap untuk disambungkan ke wartawan.Aku yang bukan wartawan ini pun dah jadi macam diaorang menjawap segala pertanyaan berkenaan gambar tersebut.Kecoh & heboh satu Johor sampaikan Mufti pun beri komen di rancangan TV dan surat khabar keesokkannya.


DATARAN BANDARAYA yang dulunya tempat melepak dan memadu kasih bagi pasangan yang bercinta menjadi sunyi sepi lebih-lebih lagi pada waktu malam.Tak ada seorang umat pun kelihatan merayau di waktu malam seperti selalu.Lebih kurang setahun jugak lah tempat tu jadi sunyi sepi.Tapi sekarang pembangunan di sekitarnya menjadikan Dataran Bandaraya Johor Bahru salah satu destinasi pasti lawat di Johor Bahru.


Dataran Bandaraya Johor Bahru sekarang di waktu malam

9 comments:

Azzam Fadzil said...

okay seram..errrr

RioAzzaro said...

tu dulu...skarang hantu yg lari nampak kita...haha

kak tie said...

akak mohon share...
sekarang ni ada lagi tak hantu tu?

RioAzzaro said...

Ok ke Cik Tie@akak...sekarang ini dengan pembangunan yang rancak kt sekitar dataran tu hantu pun takut kak.Diaorang lari gie umah-umah terbiar depan pantai lido tu.

Anonymous said...

saya kerja steamboat situ, cuba tanya tukang sapu sampah yg overnight, lagi best.

RioAzzaro said...

ooo haha....dia selalu jumpa ke? hehe

Anonymous said...

Prnh tau cite ni..mmg btul..aku dulu duk kt jb..

RioAzzaro said...

tau takpe

Anonymous said...

kat tapak sebelah spital tu pon ade siang2 hari dgr budak2 ketawa tp org xde..bunyi selipar budak tgh berlari

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....