Monday, March 19, 2012

Filem Hollywood Keluaran 2012

MAC 2012

Semua pasti ternanti-nanti filem keluaran barat terutama dari Hollywood.Hanya berbaki 2minggu sahaja lagi.Filem yang akan keluar bulan ini adalah THE HUNGER GAME (22MAC 2012),lakonan Jennifer Lawrence yang pernah berlakon filem X-Men 1st Class yang jadi Mystique berwajah manusia tu.Filem WRATH OF TITANS (29MAC 2012) pula sambungan dari filem Clash Of the Titans.

APRIL 2012

Bulan April pula menjanjikan filem lama dalam bentuk 3D iaitu TITANIC (5April).Filem yang dahulunya mendapat kutipan pecah panggung sekitar lewat tahun 90-an.Begitu juga pada siri komedi lama iaitu Three Stooges (12April) yang akan di filemkan akan terbit pada bulan ini juga.Pasti tak sabar melihat keletah 3orang pak pandir ini.

MEI 2012
Filem yang memang di nanti-nantikan oleh aku dan juga oleh orang lain.Pasti lah filem Di Avengers (3Mei),keluaran Marvel Studio.Filem mengambungkan Captain America,Iron Man,Thor,Hulk,Black Widow,Nick Fury & Hawkeye di dalam satu filem.Filem lakonan Johnny Depp DARK SHADOWS (10Mei) pasti tidak akan menghampakan sebab penuh dengan adegen yang mendebar dan menyeramkan.Filem seterusnya pastilah Battleship (17Mei),kemudian di ikuti filem Men In Black III (25Mei) & Pirahna 3DD (31Mei)

JUN 2012
Bulan Jun juga tidak kurang dengan filem-filem yang hebat.Antaranya Snow White & Huntsman (7Jun).Filem animasi yang di tunggu-tunggu keluaran Universal Studio iaitu Madagascar (7Jun) juga akan turut di tayangkan.Kali ini mereka akan tersesat pula di Eropah.Filem Triler seram Abrahim Lincoln Vampire Hunter (21Jun) turut akan di terbitkan nanti.Filem yang di adaptasikan dari siri karton G.I JOE part 2 Retaliation (28Jun) pasti membuatkan aku dan semua tidak sabar menanti.

JULAI 2012
Filem THE AMAZING SPIDERMAN - THE UNTOLD STORY (5Julai) pula akan menemui kita semua pada bulan ini.Filem yang di olah semula dengan pelakon baru yang cukup Kacak dan cantik.Spiderman kali ini akan menentang The Lizard.Seteruskan pasti kita tidak akan kering gusi melihat telatah tupai zaman purba dalam filem ICE AGE : CONTINENTAL DRIFT (12Julai).Manakala filem yang di tunggu-tunggu atau boleh di katakan "FILM OF THE YEAR" pastilah filem BATMAN THE DARK KNIGHT RISES (19Julai).Adakah filem ini dapat mengatasi filem sebelumnya? kita tunggu dah lihat nanti.Pastinya ramai yang menanti lakonan Anne Hathaway sebagai Cat Women menjadi atau tidak.Seteruskan filem STEPUP 4 (26Julai) pula akan menjengah kepawagam selepas itu.

OGOS 2012


Filem yang dijangka akan ditayangkan pada bulan Ogos nanti adalah THE EXPENDABLES 2 (16Ogos) lakonan 3hero lama iaitu Sylvester Stallone,Arnold susah nak eja (hehe) dan Bruce Willis (die Hard).Filem aksi dan penuh dengan adegen tembak menembak ini pasti mengingatkan kita pada filem Rambo,True lies & Die Hard.Jadi pada semua peminat-peminat mereka ,jangan lupa akan tayangannya nanti.

SEPTEMBER 2012

Filem yang tak pernah habis-habis ini pasti tidak akan menghampakan para peminat Milla Jovovich.Filem Resident Evil : Retribution (13Sep) akan menemui semua peminatnya pada bulan ini.Filem yang berkisah tentang Alice yang memburu saki baki The Umbrella Corporation bagi mengelakkan virus tersebar di seluruh dunia.

OKTOBER 2012

Filem FRANKENWEENIE (4Okt) adalah sebuah filem animasi seram komedi yang akan menjengah ke pawagan pada bulan ini.Manakala filem paling seram di Hollywood iaitu PARANORMAL ACTIVITY 4 (18OKT) turut akan bersaing kelaur pada bulan ini juga.

NOVEMBER 2012
Filem agent perisikan Britain terkenal iaitu 007 James Bond bertajuk SKYFALL (8Nov) akan di tayangkan pada bulan ini.Masih mengunakan khidmat pelakon yang terdahulu iaitu Daniel Craig,filem ini adalah filem ke 3 lakonannya.Mengambil pengambaran di sekitar Goa & Mumbai di India dan di United Kingdom,filem ini pasti menjanjikan.
Tak lupa juga pada para peminat Bella,Jacob Black & Edward Cullen pasti tidak akan melepaskan siri terahir dari filem THE TWILIGHT SAGA - BREAKING DAWN PART 2 (15Nov) yang turut akan di tayangkan pada bulan ini.Bagi yang sudah membaca novelnya pasti tidak akan sabar melihat ia di lakonkan di layar perak.Melalui novelnya anak bella akan cepat membesar dan berdarah manusia+pontianak.Ada kemungkinan Bella akan meninggal dan ada juga kemungkinan Jacob akan jatuh cinta pada anak Bella nanti.Jadi untuk menyaksikan segala kemungkinan,pastikan jangan ketinggalan menontonnya.

DISEMBER 2012

Tirai 2012 akan ditutup dengan tayangan dari filem THE HOBBIT : AN UNEXPECTED JOURNEY (13Dis).Filem yang di adaptasikan dari filem Lord Of The Ring ini adalah sambungan perjalanan Bilbo Baggins ke perkampungan orang kerdil di gua di pergunungan yang pernah di musnahkan oleh Gollum.Korang pasti ingat dalam filem Lord Of the Ring part 1, mereka pernah terpisah dengan Gandalf semasa berlawan dengan raksana api di dalam gua yang dulunya di huni oleh orang kerdil.Jadi dalam filem ini lah akan terjawap segala persoalan kenapa semua orang kerdil di bunuh oleh Gollum dan raksana api itu.Jadi jangan lepaskan filem ini yang akan di tayangkan pada bulan Disember nanti.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....