Sunday, February 5, 2012

Jelajah HongKong 1 Feb - 4Feb 2012


 Hampir 12tahun aku tidak ke HongKong.Sejak peristiwa China Airlines Crash di HongKong International Airport akibat tiupan angin lintang (masa tu ribut taufan melanda bandar HongKong).Saat itu pesawat aku tengah menunggu pesawat China Airlines mendarat dan flight itu meletop depan mata aku sendiri.Perasaan phobia masih lagi tersemat tatakala pesawat aku mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa HongKong.Aku ke sana atas lawatan sambil berhibur selama 4Hari 3Malam.


1 FEB 2012  

Bertolak dari Lapangan Terbang Changi Terminal tambang murah,aku gerak dari rumah seawal jam 9pagi.Mujur Transtar Cross Border ada menyediakan khidmat airport transfer dari Kotaraya II Terminal & JB CheckPoint ke Lapangan Terbang Changi-Singapura.Aku lebih suka menaiki dari JB checkpoint.Perjalanan mengambil masa 45minit untuk sampai ke Terminal Tambang Murah.Sampai saja aku terus daftar masuk kemudian bersedia untuk ke HongKong.Kapal terbang berlepas jam 1345hrs.Alhamdullilah pesawat aku sampai seperti di jadualkan.Jam 6petang aku pun menjejaki kaki di Lapangan Terbang Hongkong.

Memandangkan airportnya terlalu besar dan ramai orang yang baru pulang bercuti tahun baru Cina,aku lewat keluar dari balai ketibaan iaitu sekitar jam 650malam.Cuaca di luar airport sangat sejuk iaitu sekitar 14 darjah celcius dan hari sudah pun malam. Airport diaorang memang besar yang amat ok....nak menghala dari satu tempat ke satu tempat kena naik skytrain bawah tanah.Bayangkan mereka mempunyai lebih kurang 150 gate untuk berlepas.Ianya terbahagi kepada 2 terminal,Iaitu International Terminal dan Terminal 2.Flight Tiger Airways yang aku naiki itu sampai di Terminal 2.Selesai sahaja semua urusan di Airport,Aku menaiki Airport Shuttle Bus ke Hotel.Harga yang aku dapat memang harga special sebab aku kerja dengan travel agent.Harganya RM40 One way transfer. Aku sampai di hotel jam 750pm. 

Hotel yang aku stay : HOTEL METROPARK KOWLOON

2 FEB 2012 
Hari ini aktiviti aku adalah sekitar bndaraya HongKong.Berjalan kaki seawal jam 9pagi dari hotel ke station bawah tanah YAU MA TEI.Dari situ aku menaiki Keretaapi bawah tanah (MTR) menuju ke Station Thim Sha Shui, daerah Kowloon.Keluar dari exit B,aku dapat lihat tersegam Masjid di tengah-tengah kesibukkan bandaraya Hong Kong.Kotaraya Hongkong terbahagi kepada 2 iaitu di belah Selatan nya HongKong Island dan sebahagiannya lagi Kowloon.Gambar kat bawah ini di ambil dari Exit B station Thim Sha Shui bandaraya Hongkong.

Dari Exit B,aku menjamu mata dengan bangunan-bangunan tinggi di sekitar sambil menuju ke Victoria Harbour sekitar 1km dari situ.Kata kawan aku pemandangan di sinilah yang membuatkan HongKong terlalu mahal untuk di lawati...haha...Satu pengalaman yang tak boleh di lupakan ketika melihat bangunan pencakar langit dari tepi laut.

Dah puas bergambar di sini,aku ke Star Ferry Terminal yang terletak selang 100meter sahaja dari tempat aku bergambar.Satu lagi pengalaman unik dan cara untuk ke HongKong Island ialah dengan menaiki Star Ferry.Dari sini ada dua hala ferry yang beroperasi.Satu ferry pergi ke Jetty Wan Chai,satu lagi ferry pergi ke Jetty Central.Aku memilih Ferry ke Jetty Central sebab lebih dekat untuk ke Victoria Peak.Harga tiket HKD6 = RM2.50.Sampai di Pulau HongKong,perut pun dah lapar, mana tak nya dengan cuaca suam-suam sejuk,perut memang cepat la naik lapar.Nak cari restaurant halal memang susah nak jumpa,jadi bila nampak restauran Subway,aku pun bedal je Subway Tuna sandwich.Bila dah kenyang aku meneruskan perjalan ke Victoria Peak Station bagi melihat pemandangan Pulau Hong Kong dari atas gunung.Aku berjalan kaki menuju ke bangunan Bank of China yang jaraknya 2km dari Jetty Central dengan melalui laluan pejalan.Dari Bangunan Bank Of China nak ke Victoria Peak tu tak lah susah sangat,sebab ada banyak papan tanda sebagai penunjuk.Lagipun dah tak jauh sangat,cuma sekitar 200meter lagi.Tiba di station Victoria Peak Tram,aku ke destinasi seterusnya Victoria Peak untuk melihat pemandangan Kotaraya HongKong dari atas gunung.Memang salah satu aktiviti wajib lawat.Harga pergi-balik tram ke Victoria Peak ialah HKD65 = RM22.


Kat atas Peak tu ada Madam Tussaud = Muzium lilin.Dapat jugak bergambar dengan Bruce Lee.Tapi kalau nak masuk ke muzium tu harga lain kira pulak.Ada jugak shopping mall dan juga taman-taman bunga sesuai bagi menikmati ke indahan Hong Kong dari atas gunung.Ramai jugak makcik-makcik dari Malaysia yang ke sini dapat aku lihat.

Sudah puas pusing-pusing dan bergambar di situ,aku pun turun ke bawah gunung dan mencari station MTR untuk ke Time Square pula.Jalan-jalan sambil window shopping.Time Square adalah salah satu shopping complex popular dan terbesar di HongKong.Di luar Time Square itu juga terdapat banyak deretan kedai-kedai yang menjual barangan branded.Dah terlalu penat aku bertolak semula ke Kowloon dengan menaiki MTR dari station Time Square.Kali ini untuk bershopping di Ladies Market pulak.Barang-barang kat sini rata-rata tiada tanda harga.Harga yang mereka letak terlalu tinggi,so kena pandai-pandaila bertawar menawar.Pulang hotel dah jam 10 malam dengan sakit-sakit kaki sebab berjalan tak henti-henti dari pagi sampai ke malam.Saat-saat ini Mie Meggi ayam la menjadi makan malam aku.
Esoknya aku akan ke "DISNEYLAND HONGKONG"


03 Feb 2012

Memandangkan hotel ada menyediakan bas shuttle ke station Mongkok secara percuma,aku bergerak jam 1130pagi dari hotel (penat semalam tak hilang lagi sebab tu naik bas shuttle).Dari sana aku menaiki keretaapi bawah tanah MTR ke station Sunny Bay.Harga sehala HKD19=RM7.50 murahkan? ada 7 pit-stop yang perlu aku lalui.Sampai di station Sunny Bay aku bertukar keretapi pula ke Station Disneyland.Lokasinya sangat cantik,terasa macam sampai ke station keretapi Harry Potter lak.Jumlah masa perjalanan dari Station Mongkok ke Station Disney sekitar 20Minit.



SELAMAT DATANG KE DISNEYLAND !!!!

KEMBALI KE ZAMAN KANAK-KANAK.AKU MEMBESAR DENGAN KARTON-KARTON DISNEY.TIKET MASUK HKD 399 = RM 165


 Seharian aku kat dalam Disneyland Hongkong.Jam 730mlm aku bertolak pulang ke Victoria Harbour untuk melihat cahaya neon Bandaraya Hongkong pada waktu malam.Melihat sendiri dengan mata kepala,satu pengalaman yang sangat-sangat berharga & tak dapat di lupakan.

Kalau di Malaysia semua orang nak masuk bangunan sebab tak tahan cuaca panas kat luar,tapi di Hongkong semua orang masuk bangunan sebab tak tahan cuaca sejuk kat luar.Tapi bagi aku,aku suka cuaca sejuk begini,takde la berpeluh sangat hehe cuma yang tak tahannya aku cepat lapar pulak.Jadi bila perut dah lapar ,kena carila restaurant halal kat sekitar Thim Sha Shui.(tak jauh dari Victoria Harbour).Last-last jumpa la restaurant India yang menjual makanan India.Dia tulis kt depan kedai tu halal,tapi bila aku masuk dalam kedai dia aku nampak patung berhala gajah tersergam kat belakang meja kaunter pembayaran.Takpe la,sebab dah lapar aku order Nasi Beriani Ikan,dan mengejutkan harganya HKD88=RM35 sepinggan.Kuah Kari & Papedam (lain harga yea).Dah tu sebotol mineral water diaorang charge HKD25=RM10.Aku pejamkan mata je lah bila bayar makanan tu.Perut dah kenyang,so teruskan bershopping beli barang cenderahati pulak di Pasar Malam Temple Street.Harga kat sini boleh tahan murah jugak sebab banyak tanda harga di pamirkan.Dah puas bershopping, kaki aku pulak sakit.Akhirnya aku tahan bas awam untuk pulang ke Hotel.Nasib baik la ada bas yang berhenti betul-betul depan hotel.Harga tiket bus HKD4.40=RM1.80.


04 FEB 2012

Aku bertolak awal pagi jam 910pagi untuk ke Lapangan Antarabangsa HongKong Terminal 2 untuk pulang ke JB.Cuaca ketika itu 13 darjah celcius,sangat-sangat sejuk.Pengalaman ke Hongkong akan terus tersemat di hati. 

 

video  video

Video ini di ambil dari dalam bas ketika hendak pulang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa HongKong yang terletak di Pulau Lantau.Melalui jambatan ala/mirip Golden Gate di San Francisco.

SELAMAT TINGGAL HONG KONG
- HOME SWEET HOME -

3 comments:

norhana said...

Assalam... thanks bg panduan...sy nak gi 18hb feb ni.. nak tengok cuaca..perlu tak beli baju sejuk..

RioAzzaro said...

rasanya kalau pakai sweter dgn baju t-shirt kt dalam dah kira ok dah.Tp kalau nak kuar jalan Malam-malam kena pakai baju tebal sikit

AzReFaREEqah said...

Salam... Sy nk tau psl hotel metropark kowloon tu, brp hkd @ rm /night? Macamna nk ke sana dr airport?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget