Wednesday, November 30, 2011

Ke Jakarta & Bandung lagi (November2011)



Aku sendiri tak tau kenapa aku begitu suka sekali dengan Jakarta & Bandung. especially Jakarta.Sebenarnya trip kali nie aku sepatutnya membawa family Helmi ke Bangkok,tetapi di sebabkan banjir buruk di Kotaraya Bangkok,kami terpaksa reroute trip ke Jakarta.Bersama ibu dan ayah Helmi beserta 2adik perempuan dan sepupunya kami bertolak pada 20November sempena cuti Maal Hijrah.sehari sebelum aku sambut Tahun Baru Muharam di Port Dickson dan dinner bersama Helmi family di teratak rumahnya.

Esoknya 20November2011 kami bertolak ke LCCT dengan di hantar oleh 4kereta...dah mcm rombongan pergi Haji lak..hehe.Kami stay di Hotel Kalisma-Jakarta...kira-kira 500meter dari Tanah Abang.Cuaca ketika kami sampai di sana sangat la panas.Nak2 bila sampai kt Terminal 3 Jakarta airport.Susah betul nak dpt teksi.Check in di hotel kami pun ke Tanah Abang,lihat2 & survey2 apa yang patut.Walaupun kami tahu hari itu mereka tutup separuh hari - Ahad.

Malamnya kami ke Grand Indonesia.Tempat shopping paling terbesar di Indonesia dan paling terbaru sekali.Memang besar giler shopping complex diaorg nie,dan ini dah 3x aku masuk di sini.Tengok je tu si Ayang,Tijah,Shamy & acik bergambo sakan di dalam Grand Indonesia.hehe.Si ayang siap jalan pakai suar track sukan lagi tu....

Hari ke dua kamu bertolak ke Bandung dengan menaiki Kereta api dari Station Gambir ke Bandung.Ticket yang kami beli Exercutive Class dan berharga IDR85,000.Menaiki keretapi ke Bandung adalah satu pengalaman yg sangat indah.Melalui kawasan gunung dan curam2....terowong terpanjang (5minit perjalanan masuk melalui keretaapi).

Tiba di bandung kami terus menaiki Van (kijang) ke Factory Outlet.Bershopping beli barang.Kemudian kami ke Pasar Baru sampai kena saman coz tak pakai tali pinggang keledar bahagian belakang...biasalah polis sana...shopping byk nampak kain2 dan telekong acik aku nie..hehe.Kami meneruskan perjalan ke Chemplas untuk mencari souvier & jeans kemudian bertolak pulang dri Bandung ke Jakarta dgn menaiki Van tersebut melalui highway.Nasib baik kurang jem walaupun hujan turun dengan lebat sepanjang perjalanan pulang kami.

Hari terakkhir kami bershopping pula ke Tanah Abang.mencari baju ala2 korea katernya....dah tu ada yang dah jumpa tapi takde size...ish ish....Malam sebelum esoknya kami bertolak pulang,kami sempat melepak di Sarinah,makan makan McD di sana (pekerja2 McD sana mcm excited bila aku ckp dari Malaysia) terasa cam superstar lak.Dari sarinah kami berjalan kaki ke The Plaza melihat keadaan Kota Jakarta di waktu malam dan ke Hard Rock Cafe.The Plaza jakarta adalah salah satu shopping complex bagi org2 kaya di sana....plza nie di tutup sampai jam 111mlm (12tghmlm waktu Malaysia)

Esok paginya selepas Bfast & Lunch kami bersiap2 bertolak ke airport.Aku pulang ke Singapore manakala family Untiie Alimah pulang ke LCCT.Jam 9PM baru aku tiba di rumah.....enjoy dan tak dapat di lupakan semasa berada di sana bersama adik-adik si helmi nie......

 

Thursday, November 24, 2011

Ke Singapura Edisi Cuti Sekolah

Kami ke Kota Singa pada 23November yang lepas sempena cuti sekolah.Memang dah lama tak masuk Singapore,so ada masa sesekali masuk lah.Honestly aku penah kerja Singapore hampir 3tahun,tapi selama itu aku tak pernah ke Marina Parade,tempat di mana ada Singa Laut mengeluarkan air dari mulutnya.hehe.Bersama family abg Mat & Kak Ros,Kami bertolak dari JB jam 10Pagi.Sampai Singapore kami parking kereta di Suntec City Mall kemudian berjalan kaki ke Promenade seterusnya ke Marina Parade tempat di mananya Singa Laut terngaga kuar air dari mulutnya dan Bangunan yang ada kapal di atasnya.Meriah senyum lebar keluarga Abg Mat & Kak Ros yea.



Kami ke Mt Faber untuk melihat pemandangan Singapura dari atas gunung mengadap Sentosa Island dan Kotaraya Singapura.Berhenti sebendar ke Henderson Wave melihat jambatan unit yang menghubungkan Mt Faber dgn salah satu gunung di sebelahnya (lupa lak nama gunung yg sebelah tu).Cuba lihat pic kt bawah nie...unik tak?Yang nie lak gie bersama Family abg mat & Olie + Abg Yunus sekali.

 Gambar nie di ambil dari Marina Bay Hotel & shopping Mall.Malam tu di depan shopping complex tu ada pertunjujan pancutan air berirama & lazer.Duduk-duduk sambil menyaksikan keindahannya.




Daripada sana kami ke Orchard Road pula bagi melihat lampu-lampu hiasan sempana Krismas yang akan menjelang tiba.Memang meriah dan mengasikkan melihat lampu-lampu neon di sepanjang jalan Orchard Road yang telah di pasang termasuk di bangunan.Malam tu jugak berlakunya Gerhana Bulan.Memang indah pemandangan malam itu.



Tak lupa juga lawatan ke Sentosa Island.Ada yang nak mandi manda walaupun tak bawak baju spare,dan ada jugak yang mencuci mata.Cuba cari berbezaan yang paling ketara antara gambar-gambar di sini....sapa dapat jumpa dia dapat hadiah misteri....cer cuba cer cuba...

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget