Thursday, September 29, 2011

Puasa Sebulan,Raya pun nak sebulan

Macam bulan puasa jugak,Syawal tahun nie di sembut dengan penuh meriah.Open house jangan cakap la,leh di katakan every weekend semua aktiviti penuh dengan jemputan makan-makan.Kat Umah Lela je ari tu kitaorang di sajikan dengan Mee Soto & Lontong.yang datang lak memang rombongan Cik Kiah.Dengan anak-anak dan mak bapak sekali.Meriah macam mercun raya.

Di teratak Cik Puan Ros & Abang Mohd lak jemputan rumah terbukanya di buat pada hari berkerja.Jam 8malam kami dah konvoi bertolak ke rumahnya yang terletak di Nusa Idaman.Makanan lak ala-ala kampung,Nasi putih,Gulai Nangka (kegemaran aku),kueh mueh,Ayam goreng berempah, & pasta.Memang la membuka selera,nak-nak masa kelaparan tahap dewa,
Umah aku pun buat open house gak,Tapi menu biasa-biasa je.Al maklumla umah orang bujang dok dgn bapak aku je.Buat mee goreng & mee hoon goreng + ubi rebus & jajan2 untuk budak-budak.Pic kt bawah yang si apai tunjuk nie pun aku tak paham apa yang dia nak ceritakan pada yang lain-lain malam tu.

 

Sambutan rumah terbuka di teruskan ke rumah Azie & Olie di Taman Tun Aminah pula.Tak sangka lak dia berjiran dengan si Liza-Astro,kawan lama aku.Diaorang buat pada hujung minggu.Menu utama spagetti & kek buatan sendiri.Sambil makan & berbual sambil tu kitaorang dok tengok Astro.

Cikgu Abang Yunus juga tidak ketinggalan,rumahnya di buat pada hari sabtu di Taman Universiti.Dia suruh datang masa makan tengahari katanya.Menu utama umah dia adalah Mee Kari & Nasi Ayam.Memang menjilat jari,nak-nak sambal belacan buatan sendiri tu.Lapar pulak tu masa hujan-hujan.

 

Pulang je dari open house umah abg yunus,kami ke rumah Cinta Abadi,teratak kepunyaan Kak Fiza & suaminya abang Othman di Mutiara Rini.Rumah tuan rumah memang kelas,sebab banyak koleksi pinggan mangkok yang di beli dari luar negara.Lukisan dinding dan barangan antik menghiasi di segenap penjuru dan dinding rumahnya.Takut-takut juga kalau anak-anak kecil kitaorang terlanggar barangan itu.Menu utama rumah Kak Fiza adalah Roti Jala + Satar + puding.Ala-ala minum petang la getoo...ujan lak renyai-renyai kat luar umah dia,dibuai lak oleh alunan lagu raya di radionya + mainan piano dari tuan rumah,memang mengasikkan.Tengok je la datin-datin berposing tu...


Cuma tak dapat beraya ke rumah Geena & Ika saja,sebab time dia buat open house to sama hari dengan open house umah aku....sorry yea Geena & Ika...apa pun saya nak ucapkan.....

SELAMAT HARI RAYA SEMUA....................

Tuesday, September 27, 2011

Tanjung Piai & Buffday Cikgu Abg Nus

Ally & Nizam turun Jb untuk jalan-jalan cari pasal sambil beraya.Sempat la jugak diaorang datang beraya bawak anak angkat aku si Kaseh tu...huhu.Esoknya pulak aku bawak diaorang ke Tanjung Piai.Aku rasa dah dekat 10kali aku gie sini,tapi aku tetap tak berasa bosan.Aku tenang & seronok kalau ke sini.Ally & Nizam pun seronok juga ke sini.Di sinilah terletaknya Penghujung Benua Asia.Dari sini boleh dilihat pertembungan antara Selat Melaka dengan Selat Johor.Angin sepoi-sepoi bahasa dan hutan paya bakar akan menanti kehadiran anda kalau ke sana.Dari sini jugak kita boleh lihat dengan jelas Pulau Karimon kepunyaan Indonesia dan Pulau Kukup milik kerajaan Malaysia.


Nak di jadikan cerita,di akhir-akhir bulan September nie jugak adalah tarikh lahir bagi Abg Yunus.Curlast birthday dia buat kat Pizza Hutt.Semua orang datang bagi memberi sokongan (macam pertandingan Bola lak).Tersenyum lebar dia.Kalau gie dgn abg nus nie tak sah kalau tak amik pic berkumpulan.Happy Birthday Cikgu Abg Yunus
Susun kerusi semuaaaaaaaaaaaa.....hehe..

Sunday, September 25, 2011

Selamat Pengantin Baru Ika & Anwar

Pada penghujung-penghujung bulan Syawal nie ramai juga orang yang membuat kenduri kawin.Antaranya salah seorang teman GIM aku iaitu Atiqah@Ika dengan pasangannya Anwar.Majlis berlangsung di Dewan Jubli Intan Johor Jaya pada hari Sabtu 24September2011.Macam biasa dalam sebuk-sebuk di rumah terbuka,Gang bas skolah kami a.k.a Gang Clark Hatch Gym pun turut datang memeriahkan suasana majlis pada hari tu.Hinggakan DJ yang menjadi hos pada petang tersebut terpaksa menyebut nama kumpulan kami (dah macam kumpulan Gagak Hitam dalam filem Gila-gila Remaja pulak).Ini lah penangan Abang Yunus yang berusaha gigih memperkenalkan kumpulan kami di mata dunia...Oh lihat lah dunia (melalut kejap).Acara amik gambar dengan pengantin memang tak akan di lepaskan oleh beliau dan kawan-kawan aku yang lain.(tak amik gambar tak mau balik ok)

Inilah gang kumpulan Gim Clark Hatch (sebutan seperti yang DJ sebut) yang bergambar sakan depan pelamin dan kek majlis kawin pengantin.Memandangkan hujan pun renyai-renyai di susuli dengan lebat di luar dewan,kami pun melepak lah sampai jam 4petang.(bayangkan datang dari jam 1.30tenghari). hehe.

Apapun saya di sini mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK ATIQA & ANWAR moga kekal hingga ke anak cucu.Dipanjang jodoh dan berkekalkan hendaknya.Kami di sini pun tumpang gembira.
P/S : Hadiah beli pun last minit tau....(jangan beritahu orang lain)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget