Wednesday, August 31, 2011

Suasana Bulan Puasa 2011

Pada tahun nie 2011 , Ramadhan di sambut pada bulan Ogos.Macam tahun-tahun yang sudah,Ramadhan memang aku tunggu-tunggu.Cuma rasanya sambutan tahun nie paling meriah sekali.Mana taknya minggu ke2 puasa je kawan-kawan sekolah aku jemput berbuka beramai-ramai di rumah Lela.Pot luck Berbuka puasa katanya..Maka dengan berduyun2 la kawan-kawan datang membawa juadah berbuka masing-masing ke rumah lela yang terletak di Taman Pulai Perdana.Apa yang aku ingat pada petang tu aku ajak Cikgu yunus (panggilan kawan-kawan aku) berbuka sekali bersama.Maka bermula sesi membeli juadah di Gelang Patah.Katanya nak beli Cendol.So En Yunus beli Cendol,aku lak beli kueh talam (request dari ibu2 yg nak berbuka nanti).Sampai-sampai umah tuan rumah,penuh semua dengan makanan2.Tengok je la pic kt bawah nie...dengan periuk,kueh mueh,nasi lagi...air lagi...hehe memang meriah & mengenyangkan.

Muka-muka A.J.K yang telah menjayakan majlis ini.semuanya tersenyum lebo...nak-nak yg paling depan tu.

Kena lak lepas berbuka tu pekena dengan durian lagi...siap bersila la semuanya.Budak2 la yang paling meriah.dah rasa macam Hari Raya lak.seronottt kan?? tengok je la si Apai tu

Bila dah masuk pertengahan bulan puasa lak,tetiba dapat call dari Nik , memberitahu Yew's Cafe yang kt Jalan Abdullah Tahir ada buat buffet special berbuka puasa berharga RM21 sekepala.So apa lagi,plan la pulak dengan group gang Clark Hatch yang lain.
AZIE OLIE & FAMILY,ROS & FAMILY,NIK & FAMILY,AKU,ABG YUS,GEENA,MAI,RAYMOND
TEMA MALAM TU : BERBAJU MELAYU.


Jadi berduyun-duyun la datang dengan berbaju melayu dan berbaju kurung.Tengok je makanan-makanan yang di amik,sampai tak cukup meja....sabo je la...huhu
Berbagai-bagai posing yang telah di berikan.Apa yang penting semua happy (walaupun pada mulanya sibuk dok tanya Halal ke tak makan kat sini..hehehe).Makanan memang memenuhi citarasa (menurut kata cik puan Ros)

Malam tu jugak selepas bersolat Isyak.(ponteng solat Terawih satu hari).Kami ke Pasar Borong Pandan City untuk melihat bazzar di sana.Yea..dengan berbaju melayu occay...hehe

GEENA SEMPAT BERGAMBO DENGAN TOUKEH JUAL KARPET (MALAM TU ABG NUS PART TIME JUAL KARPET)

Nak jadikan cerita lagi,pada malam raya tu pulak,aku,Mijot & aween plan nak pusing-pusing satu bandar Johor (buang tebiat) kononnya nak shopping last minit la...sempat la jugak merayap ke Jusco Tebrau.

Dah abis semua kedia kitaorang kira kt sana,perut pun lapar so mula la ke Pandan City untuk cari makanan dan beli apa yang patut.kira last minit shopping la nie.Last2 dapat jumpa kasut sandle Nike..cantik gak...leh pakai buat raya nanti...murah jek RM35 sepasang.Tengok je lautan manusia and kereta yang nak masuk Pandan City,kitaorang naik pening.Tapi apa pun tetap meriah.Memang hapening suasana malam raya kt sini.Lelong sana sini lak tu.
SELAMAT HARI RAYA !!!!!

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....