Sunday, April 3, 2011

Staff Outing - Melaka 30Apr-1May

Lawatan ke Melaka kali ini ada sambungan dari lawantan aku bersama rakan-rakan aku bulan lepas.Tapi pada Sabtu lepas aku berkesempatan bersama rakan-rakan sekerja berlibur ke Melaka pula.Ikuti pengembaraan kami di sana menjejaki makan dan makan lagi..hehe.

30 April 2011

Bertolak seawal jam 930pagi aku,Harjit,Sharena dan Wati menanti kehadiran Erni dan keluarganya di Kulai R&R.Setibanya mereka kami bertolak berramai-ramai dengan menaiki 2kereta.Sarapan pagi kami di mulai di perhentian R&R Macap.Ramai,memang cukup ramai orang pada hari itu,maklumlah hari cuti umum.Dari sana kami mula bergerak ke Pekan Tangkak pula bagi menikmati Durian "Musang King" tetapi hampa sebab kesemua durian-durian itu telah habis di sapu bersih oleh peraih-peraih.Jadi yang tinggal Durian biasa sahaja,pun begitu cukup puas hati kerana rasanya seakan Musang King walaupun kureng sikit.

Perjalanan di teruskan ke Melaka.Tiba sahaja kami terus ke Kampung Duyung untuk melihat sendiri perigi Hang Tuah yang tidak pernah kering walaupun pada musim kemarau.

 

Bila perut pun berbunyi,kami bersegera pula ke bandar Hilir bagi mengisi perut kami di Restoran Asam Pedas Selera Kampung yang terletak di deretan rumah kedai bersebelahan dengan Mahkota Parade.Memang terngkat asam pedas dia terutama sekali asam pedas ikan pari.Selain itu Udang Galah masak Lemak cili api nya pun memang terbaik.Dah puas mencekek,kami ke Kampung Portugis untuk ke tempat penginapan ala "Homestay" kami di sana.Bila cuaca dah agak redup kami bertolak pula ke Tanjung Keling untuk menikmati air kelapa Milk Shake yang paling terbaik di Melaka.


Punyalah sedap sampai tak sedai jam dah pukul 6petang.Kami bertolak pulang semula ke bandar Hilir dan kali ini kami ke Dataran Pahlawan untuk membeli belah di samping beriadah di kawasan sekitar.Malam itu juga kami ke Jonker Walk bagi menikmati suasana malam di sana.Apa lagi cari cendol terbaik lah kat sana.Ramai juga orang masa itu,terpaksalah bersesak-sesak sedikit.Selesai sahaja kami meneruskan aktiviti kami menyelungsuri Sungai Melaka dengan bot persiaran.Harga seorang dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5.Pastikan anda amik kupon semasa menaikinya yea.Lebih kurang jam 1030malam barulah kami ke Medan Selara Ikan Bakar Alai yang terletak lebih kurang 10km dari Bandar Hilir. 

Inilah dia Ikan Pari Bakar kami yang menjanjikan.Murah je harganya RM20 satu.Makan pulak dengan Nasi Lemak malam-malam,fuuh lentok habis lah lepas ini.Makan malam kami hari tu di taja oleh Cik Sherenea kita.Terima Kasih yea.Dah puas makan balik lah ke homestay untuk tidur.


1 May 2011

Kami bangun seawal 9pagi,kemudian bersiap-siap untuk daftar keluar dan kemudian ke Bandar Hilir untuk bersarapan roti canai dan lontong.Kemudian meneruskan perjalanan ke Muzium kastam dan Samudra di sana.Sempat juga kami melawat masjid terapung yang terletak di Pulau Melaka (pulau buatan) yang bersebelahan dengan Melaka Raya.Bila dah masuk waktu Zuhur kami sempat bersolat di Masjid Muazim yang terbesar di Melaka.Hajat di hati selepas makan tengahari nak pergi melawat ke Zoo Melaka,tetapi bila hujan lebat mulai turun mencurah-curah,lawatan kami di batalkan.Akhirnya bertolak pulang ke Johor Bahru sahaja.Seronok juga sesekali keluar bersama rakan-rakan satu pejabat ke Melaka nie.Gembira sangat-sangat sebab misi cari makan dan bergembira bersama kelaurga rakan terlaksana.Jumpa lagi pada lawatan yang lain nanti.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget