Tuesday, March 29, 2011

Ke Melaka & Makan-Makan 26-27Mar11

Tanggal 26Mar rancangan aku dan kawan-kawan untuk ke Melaka terlaksana jugak.Walaupun sehari sebelum nak pergi tu macam-macam halangan yang terjadi,tapi akhirnya dapat jugak kami semua bergembira sambil jalan-jalan cari makan bersama.Ikuti pengembaraan kami seterusnya :

26MAR2011

Berkumpul di rumah abang Yunus di Taman Universiti kemudian bertolak ber ramai-ramai ke Hentian Kulai sebab abang Mat Shah dah tunggu kami di sana.Dalam perjalanan nak ke Melaka tu kami berhenti sekejap minum kopi dan bersarapan di Hentian R&R Air Hitam.Meneruskan perjalan kami selepas sarapan ke Bandar Tangkak,untuk mengambil isteri abang Mat Shah iaitu kak Ros di rumah makciknya.Bila nak teruskan perjalanan kelaur dari Bandar Tangkak,kami sempat singgah sebentar ke gerai tepi jalan untuk menikmati Durian.Bukan durian sembarangan tau...Ini namanya Durian "MUSANG KING A.K.A DURIAN KUNYIT" yang paling sedap dan paling tebal isi nya di Malaysia.Walau pun saiz nya kecik tp isinya padat dan mampat.Harga sebiji Durian kunyit nie RM 20.tapi memang berbaloi sebab susah nak dapat.Hanya ada kt Tangkak,Pahang & Perak saja.


Meneruskan perjalanan ke Melaka dan kami sampai jam 2petang.Aku dan kawan-kawan singgah makan di "Restaurant Selera Kampung" yang terletak berhadapan Dataran Pahlawan.Asam pedas & Udang Galah masak lomak cili api dia memang terangkat.Harga sekor Udang Galah RM20...tapi memang berbaloi.

 Lepas je makan tengahari kami pun ke tempat penginapan kami di apartment 2bilik di Melaka Raya.Harga apartment 2bilik tu RM200 sajor...murah kan.Location mmg best kt Melaka Raya.Cuma pertama kali nak cari apartment tu kira menjajor jugak la.Lepas solat & berehat seketika.Aku & gang yang lain mula lah merancang untuk ke Pantai Klebang & Tanjung Kling.Masa dalam perjalanan nak ke sana tu,kami nampak ramai sangat orang beratur panjang di satu warung nie.Tak tau kenapa,jadi kami pun berhentilah untuk tengok apa yang ramai tu.Rupa-rupanya semua beratur nak makan "Coconut Milk Shake".Teringin pulak tekak nak mencubanya.Jadi aku pun lepak dan meminta "Coconut Milk Shake"dia nie.Memang sedap sangat-sangat.Ada aiskrem lagi kat atas dia.

Lepas je makan Coconut Milk Shake tu,kami pun tak jadi lah ke Pantai Klebang sebab memandangkan hari dah petang.Aku ke Bandar Hilir sahaja dan meletakkan kereta di depan Dataran Pahlawan kemudian meneruskan perjalanan dengan berjalan kaki ke Taman Astakona,A-Farmosa dan kawasan sekitarnya sampai lah malam menjelma.Kami bergerak ke Jonker Street selepas margrib.Fuuuhhhh sikit la punya ramai manusia...


Masa nie tengah beratur nak beli Cendol Melaka @ Jonker Walk


Lepas saja ke Jonker Walk,kami ke River Night Cruise pulak.Menyusuri Sungai Melaka sambil menikmati Bandar Melaka dari sungai.Setelah penat ,perut pun dah mula lapar,kami memandu menuju ke Medan Ikan Bakar Alai .Makanan-makanan kat sini memang murah dan sedap.Paling penting jangan melepaskan peluang makan Ikan Pari Bakar diaorang yea..memang terbaik.Malam tu gak kami pulang bermalam di apartment yang kami sewa.Abang Mat Shah & Kak Ros bermalam jugak bersama tapi awal-awal pagi jam 4pagi diaorang anak beranak dah pulang ke Johor.Katanya ada seminar dengan Kelab Putra Umno.Kami pulak dalam jam 11pagi bertolak ke bandar Hilir untuk melawat Muzium Samudra.Singgah sebentar ke Pulau Melaka melihat Masjid terapung.Selesai saja melawat muzium samudra,kitaorang pun bergerak balik ke Johor bahru.

SELAMAT TINGGAL MELAKA...MENINGGAL KAN KENANGAN YANG MANISSSSS

Sunday, March 20, 2011

Melepak di bazar kilat - Laksa stall Syamil

Aku dang de gang plan nak try Laksa Johor & Penang kt kedai si Syamil & Nini nie.Katanya cuba la dtg kalau nak try rasa sebenar Laksa Johor.si Syamil nie baru je bukak gerai kt pasar kilat Taman Suria....ala yang kt parking lot depan Gaints Tebrau (dulu di panggil Extra Hypermart).Tunggu pakcik2 & makcik2 yang nak join sama nie pun satu hal gak.Janji kul 8pm,sampainya jam 9pm.Perut dah la lapar diaorang leh dtg lambat lak.


Bila sampai sajor kt gerai si Syamil aku terus bedal order Laksa johor dia.memandangkan gerai dia nie untuk take away je.Kami terpaksa la pinjam meja letak barang2 dia yg kt dlm gerai dia....nak jadikan cerita ramai lak yang dtg...so terpaksa la kongsi2 share tempat duduk.


Selain Laksa Johor dia ada jual Laksa Penang dan yang paling istimewa Kacang rebus resepi Sultan Johor (mengikut kata si Syamil nie la) tp sedap gak.Aku siap bedal Laksa dua bungkus.

Pasar Kilat nie diaorang bukak ala2 konsep pasar karat yang kt Town tu la...cuma sewa bulanan dia lain sikit dr pasar Karat.Kedai2 diaorang pun baru nak bukak n org baru nak tau.


Kalau ada masa dtg la singgah....


Tuesday, March 8, 2011

Jom Jakarta/Bandung

Akhirnya saat yang di tunggu telah tiba.Aku , Ueki , Danny & Nizam ke Jakarta & Bandung pada tanggal 5-8March2011.Tempah tiket sikit la punya awal.Beli tiket nie seawal bulan 5 2010.Harga ticket pulak RM200 sahaja untuk pergi dan balik.Naik Air Asia dari KL ke Jakarta.Kemudian balik dari Bandung ke Singapura. 

Bertolak ke Kuala Lumpur dengan hanya menaiki bas jam 8malam.Kemudian bermalam di rumah Juzai di Sungai Besi.Esok pagi-pagi kami dah bertolak dengan menaiki teksi ke LCCT untuk berlepas ke Jakarta dari sana.Kat Jakarta kami bermalam di Hotel Istana Ratu.Location pun bagus,bersih dan yang paling penting Murah.Harga semalam RM90 sebilik.Lepas je check in aku dan kawan-kawan plan ke Tanah Abang untuk bershopping.Tapi sebelum nak shopping tu perut dah mula lapar.Bila ke food court di tingkat atas Komplek Tanah Abang , sikit la punya penuh umat manusia.Dekat sejam lebih jugak kitaorang nak dapat tempat makan.Tu pun berebut-rebut dengan orang lain.Shopping kt Tanah Abang memang happening.Murah pun murah.cuma sesak sikit la....sebab situ la pusat jualan borongnya.2 Hari kami membeli belah di sana,tapi masih tak cukup-cukup sampai aku cucuk duit kat atm.

  Hari ke-2 nya aku plan nak mencuba naik kereta api dari Jakarta ke Bandung.Harga ticket kelas 1-Exercutive berharga RM35 seorang sehala.Puas hati lah sebab berhawa dingin dan selesa dan yang penting kita tak perlu ke kantin.Ada pramugara dan pramugari yang datang untuk melayan apa yang kita nak makan.Ada Nasi Goreng,roti dan minuman ringan.Ala-ala macam Air Asia lah pulak...Keretapi kami sampai jam 830pm waktu Indonesia Barat
(kira-kira jam 930pm waktu Malaysia).
Masa tu banyak kedai-kedai yang belum di buka,cuaca pulak 21celsius-sebab Bandung terletak di kawasan tanah tinggi.Di Bandung kami menginap di Sukajadi Hotel.Harga semlm lak RM150 sebilik.Jadi kongsi 2orang la.malam tu cari la kedai makan cam nak rak,at least jumpa gak.walaupun time tu kedai tu dah nak tutup.

 Esoknya aku naik kenderaan biasa ke Factory Outletnya.Barang-barang yang di jual pun murah-murah dan ada yang branded juga.Cuma kena hati-hati lah sebab banyak jugak barang cimplak yang di buat dari China.Dari sana kami ke Pasar Baru pula untuk mencari barangan lain.Harga di sini memang murah tapi masih tidak boleh menandingi harga di Tanah Abang.Produk yang di jual sama seperti di Tanah Abang,iaitu bag , telekong , tudung , jaket kulit dan pelbagai lagi.

Malamnya pulak aku bersantai di Paris Van Java menikmati makan malam yang tenang sambil menyaksikan lampu-lampu menarik yang di pasang si sekitar komplek membelah yang terkenal di bandung itu.


 
Macam biasa...kat Bandung nie pun makanan diaorang sedap-sedap jugak.Ada Lontong gila,Nasi Ikan penyek dan macam-macam lagi nama makanan yang pelik-pelik...tapi sedap......

TERIMA KASIH JAKARTA & BANDUNG


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget