Sunday, January 30, 2011

Aktiviti Sihat - MEMBOWLING

Yea perlawanan bowling antara kengkawan telah di anjurkan pada 29 & 30January 2011.Model operandinya adalah untuk memupuk minat remaja (remaja lagi kew) untuk bersukan.hehehe.Sesekali main bowling best gak.Tapi yang tak bestnya bila tempat bowling yang kita main tu bermasalah.Bola pecah2 la..lane kusam la dan yang paling teruk bola sendiri yang bawak dari rumah habis kena caras (terkopek) dek mesin penghantar bola.Cian En Iwan kita yea...bola bowl dia dah tersopak sikit.Time tu main kt Skudai Bowl.pada tuan tanah kedaung sila la buat sesuatu untuk memperbaiki mutu bowling di tempat anda ok

Ini lah aksi2 sepontan juara Kampung Pisang yang bertanding pada malam tersebut.Ada yang sebuk nak makan kerepek la,sibuk bertenet la,main video game la,ber hip hop la dan tak kurang gak yg ber ucop...kita bakok jeeekkk.
(tak ingat dunia kan)

Perlawanan di teruskan pada malam esoknya di 1Bowl @ Danda City Mall (dulu nama tempat nie Best World) Dan Inilah lak aksi2 yang sempat di rakam bagi ketegori lari dalam guni...hehe.Main bowling 2set masing2 dah penat hehee... Yang datang suka2 tgk pun ada gak.Tapi yang penting happening la jugak.Sambil bowling sambil bincang pasal next reunion dan sambil2 makan lepas bowling.Nasib baik la ujan dah teduh masa lepas abis game tu.Klu tak alamat basah kuyup la badan masing2.


Kakak dua orang nie pun ada....anak sapa laaa nie....ehhh silap...bini sapaaaa la nie....Dan untuk keputusannya sila la lihat sendiri k.sapa kalah sapa menang.Juara malam tu di nobatkan sebagai Juara Kampung Pisang...hehe

Saturday, January 22, 2011

Panggillan Pulau - Sibu Island Resort

SELAMAT DATANG KE SIBU ISLAND RESORT

Haiyo haiyo haiyo....haiyo kezambooooo...sampai juga aku ke Pulau Sibu akhirnya.Seronoknya tak terhingga.Sampai sahaja aku di pulau itu,aku di sambut dengan dedangan ayunan gitar dan lagu-lagu ala Pangilan Pulau.Nyamannya Pulau Sibu nie.Musim-musim monson macam nie memang tak ramai orang.Jadi dapatlah kami merasai nikmat keseronokkan tanpa gangguan.Maklumlah klu dah ramai tu suasana jadi hiruk pikuk.



Untuk ke Sibu Island Resort nie aku terpaksa ke Terminal Jeti Tunjuk Laut A.K.A Jetty Tanjung Lemanla.S.I.R (Sibu Island Resort) nie di buka sepanjang tahun walaupun pada musim tengkujuh.Nak tau kenapa?? sebab SIR nie terlindung oleh Pulau Sibu Besar dan perjalanan Bot Ferrynya di kawal selia oleh Jabatan Laut Johor.So tak perlu risau walaupun pada musim tengkujuh.

Kt sini aku tak lepaskan peluang untuk mencuba flying fox,memanah,memberi makanan pada Rusa2 yang jinak.Pada malamnya pulak,aku dah kawan mencuba Moonnight walk.Walaupun mencabar tetapi seronok coz dapat melihat suasana disekeliling pulau di waktu malam.
Nie lah muka2 ceria sewaktu nak pulang ke JB.Seronok sebab dapat buat semua aktiviti di Pulau.Ada orang tu siap ber poco-poco lagi....hehe.Keseronokkan berpanjangan tak terhingga.Memanah & flying fox lah acara yang paling seronok.Bila buat Jungle Trakking aku naik semput sebab kena panjat bukit panas-panas.

 Makan di restaurant Lumba-Lumba SIR,sambil di hiburkan dgn alunan muzik segar  kumpulan band dari Filipina.

Terima kasih pekerja-pekerja SIR di atas layanan 5* kamu.Kami gembira semasa berada disana



Thursday, January 20, 2011

UlangTahun ke 34


17 Januari 1977

Tarikh keramat kelahiranku,dan pada hari ini tarikh itu muncul kembali.Bertempat di Restaurant Habib Tampoi Utama,majlis ulang tahun ku di raikan oleh teman-teman.Seperti biasa makanan yang di order adalah makanan biasa.Mie hoon goreng,Nasi goreng,Mie goreng,Ayam goreng.


Aku membuat kelainan dengan menyediakan sedikit kuiz dan menyerahkan hadiah bagi teman-teman aku yang berjaya menjawapnya.Ala hadiah yang aku bagi bukan mahal sangat pun.Air Sparkeling,Biskut-biskut dan makanan-makanan ringan.Walau berlangsung dalam suasana yang sederhana,tetapi tetap meriah dan Happy dengan support kawan-kawan.

Terima Kasih buat semua yang hadir.Moga kita bertemu di tahun hadapan lagi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget