Sunday, December 12, 2010

Aku Budak Minang yang menghiburkan


Ibrahim Anon atau Ujang yang merupakan nama pena bagi seorang pelukis berbakat besar walaupun bertubuh agak sederhana kecil. Mula mencipta namanya di Gila-Gila dengan kartun loose Si Tenggang. Waktu kartun beliau kelihatan agak kurang matang dan strokenya terlalu simple. Walau bagaimana pun, Ujang berjaya meyakin penerbitnya bahawa karyanya suautu ketika akan diterima pembaca. Beliau telah membuktikan kegigihannya melalui watak-watak yang diciptanya melalui pengamatan dunia kelilingnya. Watak-watak dalam dirinya diterjemahkan dalam bentuk visual yang agak kartun tetapi menyentuh jiwa lewat karya-karyanya Aku Budak Minang, Jibam, Aca, Atuk dan banyak lagi.


Antara koleksi AKU BUDAK MINANG yang popular satu tika dulu.
Ujang dalam siri kartun ini di gambarkan sebagai abang kepada Aca (anak bongsu) yang kadang-kadang kepalanya tak betul.Ujang selalu di sisihkan oleh ibunya yang memanjakan Aca berlebihan.Mungkin juga Aca adalah anak OKU.Walau macamana pun sifat naluri seorang abang tetap ada dalam diri Ujang walaupun kadang-kadang dia banyak membuli Aca yang kuat mengadu pada ibunya.Apa pun,ruangan kartun Aku Budak Minang dalam Majalah Gila-Gila adalah kartun kegemaran aku sejak berumur 11tahun lagi.Dengar pulak sekarang akan di terbitkan dalam bentuk drama pula.Jadi Selamat Maju Jaya buat Ujang.



Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....