Saturday, June 26, 2010

Rombongan Cik Kiah ke Universal Studio Singapore



Rombongan Cik Kiah menyerbu Universal Studio Singapore.Tuuu dia dengan stroller dan anak-anak yang mengikut.Kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta kesemuanya.Semua kereta kami tinggalkan di tempat meletak kereta di Vivo City kemudian menaiki monorel ke Pulau Sentosa.


Group aku : Elly/suami dan anaknya lysha , Kak Fizza/suami & 2orang anaknya.

Group Azie & keluarganya

Group Danny,Fira & Chiko.



Di luar istana Sherk 4D,kami bertemu dengan Puss in Boots dan tak lupa juga bergambar mesra dengannya.Si Firas siap nak dokong bawak balik lagi kucing tu.haha




Seronok bila tetiba jadi budak-budak balik nie.semua "ride" nak main.Jurassic Park la,Madagaskar la.Yang kesiannya kat anak-anak kawan aku yang kecik nie.siapa yang bawah 122cm tak leh naik ride yang memerlukan ketinggian.Aku sampai lutut kendur sebab mencuba ride Mummy Return.giler la...


Bergambar berposing memang acara yang aku minat . tengok je la gambar-gambar yang aku amik nie.Orang sampai dah penat aku masih lagi nak bergambar walaupun hari dah malam.Pemandangan waktu malam kat sini cantik,sebab lampu-lampunya la...Balik je dari USS semua lepak.




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget