Saturday, June 26, 2010

Rombongan Cik Kiah ke Universal Studio Singapore



Rombongan Cik Kiah menyerbu Universal Studio Singapore.Tuuu dia dengan stroller dan anak-anak yang mengikut.Kami pergi dengan menaiki 3 buah kereta kesemuanya.Semua kereta kami tinggalkan di tempat meletak kereta di Vivo City kemudian menaiki monorel ke Pulau Sentosa.


Group aku : Elly/suami dan anaknya lysha , Kak Fizza/suami & 2orang anaknya.

Group Azie & keluarganya

Group Danny,Fira & Chiko.



Di luar istana Sherk 4D,kami bertemu dengan Puss in Boots dan tak lupa juga bergambar mesra dengannya.Si Firas siap nak dokong bawak balik lagi kucing tu.haha




Seronok bila tetiba jadi budak-budak balik nie.semua "ride" nak main.Jurassic Park la,Madagaskar la.Yang kesiannya kat anak-anak kawan aku yang kecik nie.siapa yang bawah 122cm tak leh naik ride yang memerlukan ketinggian.Aku sampai lutut kendur sebab mencuba ride Mummy Return.giler la...


Bergambar berposing memang acara yang aku minat . tengok je la gambar-gambar yang aku amik nie.Orang sampai dah penat aku masih lagi nak bergambar walaupun hari dah malam.Pemandangan waktu malam kat sini cantik,sebab lampu-lampunya la...Balik je dari USS semua lepak.




Thursday, June 17, 2010

Banjir Di Orchard Road Singapura Semalam

Mungkin anda semua pernah ke sini.Ya...inilah Orchard Road di Singapura.Tempat syurga membeli belah bagi warga Singapura dan juga pelancong asing.Tapi apa yang berlaku semalam adalah menunjukkan tiada sesiapa pun boleh melawan bencana alam walau secanggih & semoden mana pun kita.jangan katakan Singapura , USA,Japan dan beberapa lagi negara maju hingga lah ke Kuala Lumpur,pasti pasti tidak dapat terlepas jika bencana alam ini terjadi.Apa yang penting kita bermuhasabah diri dan redha dengan apa yang terjadi.Memperbaiki kelemahan perlu di buat untuk mengelakkan kejadian ini tidak berulang kembali.
Yang penting jangan bermegah dengan apa yang kita ada & menperlekehkan sapa-sapa atas apa yang terjadi.Sebab nasib kita,kita tidak tahu lagi bagaimana...betul tak?


Sebahagian kereta yang tenggelam pada bajir besar semalam di Orchard Road.Gambar bawah adalah di jalan utama berhadapan ION Plaza.Pihak Bomba dan penyelamat cuba menyelamatkan wanita.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget