Wednesday, October 21, 2009

Harian Metro 15Oct2009 - Ketam Berjalan Betul

Entah kenapa tetiba hari nie aku terlintas nak baca Surat Khabar last week yang telah lama terletak di atas meja.Selak punya selak,aku terbaca Artical yang aku rasa sangat bagus.Artikal tu di tulis oleh Tan Sri Muhammad Ali Hashim - Big Boss JohorCorp.Ia di tulis begini :

Seperti ’ibu ketam mengajar anaknya berjalan dengan betul!’
Persoalan pertama, siapa kata ”ketam berjalan tidak betul?” Adakah ia berjalan dengan melanggar fitrah kejadiannya? Tidakkah cara berjalan si ketam serasi sepenuhnya dengan diri, watak dan jiwanya, sekalipun bertentangan dengan cara berjalan makhluk lain yang bersaing dengan ketam dalam perlumbaan kehidupan? Soalan kedua, siapa yang akan menang andainya ketam kebingungan, hilang jatidiri dan tidak lagi berjalan mengikut fitrah dirinya?

Tahap sinis yang tinggi ini perlu segera diketepikan. Sebenarnya cara ’ibu ketam’ Melayu mengajar ’anaknya’ berjalan dengan tekun dan sabar, sekalipun bertentangan dengan cara saingannya, adalah di atas landasan yang betul! Dalam persekitarannya, anak ketam akan bersaing dengan rakan-rakannya seperti anak siput, lintah, umang-umang dan belangkas. Masing-masing dengan sifatnya yang tersendiri.
Anak siput (kadangkala siput babi juga sesat ke pantai), mewakili mereka yang sewenang-wenangnya menghalalkan segala cara semata-mata untuk berjaya dan menang bersaing.
Kedua, anak lintah dan gamat, (termasuk ”lintah darat” juga kadangkala turun ke pasir) sebagai mewakili mereka yang berbisnes dengan cara memeras dan menindas, sehingga seolah-olah menyedut darah orang lain. Termasuk ke dalam golongan ini mereka yang mengambil kesempatan darpada orang yang keputusan wang dan modal dengan memberi pinjaman atas kadar faedah yang sangat tinggi , sekali gus memakan riba’.

Seterusnya anak umang-umang juga didapati akan berlumba dan bersaing dengan anak ketam di pantai. Umang-umang mewakili makhluk yang gemar mengambil harta orang lain tanpa izin, (termasuk hak orang ramai yang diswasta dan difaraidkan), kemudian diletakkan di bahu atau di belakang mereka, dipikul ke sana ke mari setelah menjadikan semua harta ini sebagai milik sendiri! Dan yang terakhir, anak belangkas yang terkenal dengan keghairahannya berfoya-foya dan asyik dengan pasangannya ke sana ke mari untuk memuaskan nafsu syahwat hedonisme tanpa batasan.

Perhatikan bahawa semua saingan ketam ini, mengikut fitrahnya berjalan dan berlari ke depan mengikut letak kedudukan mata dan muka masing-masing; sedangkan ketam dikenali sebagai makhluk yang berjalan mengiring. Siapakah yang paling tangkas berlari dan menang dalam perlumbaannya? Pasti si ketam!

Namun, untuk menang, keempat-empat saingannya akan berusaha menghasut si ketam untuk menurut peraturan yang mereka tetapkan iaitu berlari ke depan mengikut kedudukan mata dan muka seperti mereka. Andainya ketam patuh kepada hasutan ini, sudah tentu ketam akan hilang pertimbangan, kebingungan dan akhirnya tewas.

Tegasnya, Melayu-Muslim yang hendak berjaya dalam persaingan hidup, termasuk bisnes, perlu mengenal jatidiri, kekuatan dan fitrahnya. Sebagai seorang Muslim, kita mempunyai kekuatan diri dan fitrah jiwa. Tiada alasan untuk mengkompromikan iman dan taqwa, menjual agama dan akidah, akhlak dan moral, dengan harga murah sekadar untuk melayani selera dan menuruti sistem anjuran mereka yang tidak sehaluan – iaitu makhluk yang tidak mempunyai konsep halal-haram, pahala-dosa, dunia-akhirat dan syurga-neraka!

FUHHHHHH MELETOP SEH AYAT2 YANG DIA TULIS NIE.....

AKU TABIK DIA LA....
APA PUN ARTIKAL PENUH DIA LEH DI LAYARI DI WEBSITE NYA


http://www.businessjihad.com/?p=1873

Sunday, October 18, 2009

Syawal Makin Menghilang


Tinggal 2hari saja lagi syawal akan pergi meninggalkan aku. Aku tak paham apa yg tak kena pada diri aku.Entah la....Hari nie Aku pelawa abah ke TJ Piai-Pontian.Kesian lak aku tgk dia sorang2 kt umah. Bertolak umah jam 11am dan kami sampai ke Taman Negara Tj Piai jam 1210pm.

Parking RM 3.00.
Enterance adult RM 5.00 seorang. Kanak2/Warga Emas RM3.00 seorang.
TOTAL RM 11.00
Tepat jam 2pm kami bergerak pulang.Singgah sebentar di Pekan Serkat aku pekena ASAM PEDAS KAMPUNG SERKAT.....FU YOOOOOOO SEDAP OOOOO....

Aku sendiri tak tau ikan apa yang akak tu masak,tapi for sure ikan yang dia masak asam pedas tu memang lembut n berlemak...sedap.....

ASAM PEDAS SEPINGGAN - 2 KETUL IKAN
SAYUR KACANG PANJANG GORENG - SEPINGGAN
2PINGGAN NASI PUTIH
TELUR DADAR 2 BIJI
TEH O AIS AIS SIRAP
TOTAL CHARGES RM 11.20 SAHAJA.....MURAH TAK??????
BERBALOI-BALOI.....
LOKASI : PEKAN SERKAT - SEBELUM SIMPANG MASUK KE KG SERKAT/TJ PIAI

Singgah solat di Masjid Besar Pontian kemudian di rumah abg aku di Bandar Baru Kangkar Pulai. Apa yang aku nak nyatakan di sini,kadang2 aku rasa hidup aku lebih tenang bersama abah dan anak2 saudara aku.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget