Sunday, September 27, 2009

Kenapa Kes Kemalangan kat Malaysia Tinggi?

Hari nie saja aku tengok kemalangan kenderaan kat malaysia adalah yang tertinggi dgn 250 kematian.Tiap kali hari perayaan,mesti kadar kematian meningkat...Meletakkan polis trafic di sepanjang jalan raya n lebuh raya akan menambahkan peningkatan kadar kemalangan sahaja.

Di sini aku ada cadangan yang aku rasa berguna dan perlu di gunakan oleh Malaysia :
Kenderaan seperti Lori (segala kategori lori),bus (segala jenis bus - termasuk bus mini n sekolah) Kenderaan berat,kontena,jentolak di wajibkan hanya menguna laluan KIRI sahaja.Jangan di benarkan sesekali mereka mengunakan laluan Kanan walaupun utk memotong.
Di sini kerja polis trafik n JPJ untuk memantau dgn membuat rondaan di jalan2 utama setiap 1 atau 2 jam sekali.Nampak je lori yg memotong,terus saman diaorang on de spot.Tak perlu la buat speed track,sbb mereka akan melajukan semula kenderaan selepas saja melaluinya.

Ada sebabnya di buat begini.Bayangkan kenderaan berat seperti di atas ini selalunya bergerak terlalu perlahan.Kadang2 untuk memotong ia akan mendatangkan bahaya kepada kenderaan2 kecil seperti motosikal n kereta dan yang paling teruk , mereka membuat kan jalan raya bergerak terlalu perlahan.Bila jalan raya bergerak terlalu perlahan, org akan lambat ke tempat yg hendak di tuju.dan bila lambat,mereka akan melajukan kenderaan.memotong sambil memecut.Bila laju ia susah utk di kawal dan bila tak dpt di kawal,maka berlakulah kemalangan.

Rancang perjalanan?? ramai yg buat begitu,tp kemalangan ttp berlaku.Hakikatnya bukan rancang perjalanan...tp rancang undang2 di jalan raya.Tak payah la nak cakap kt negara yg jauh2 mcm jerman dan UK...lihat saja di Singapore...
Sepanjang aku berjalan di jalan2 raya kt spore,aku tak lihat satu pun kenderaan berat yg memotong atau berada di laluan kanan.

Rancangan utk tidak membenarkan kenderaan berat berada di jalan raya pada waktu2 cuti perayaan juga bukan jaminan yang kemalangan akan berkurang.Malah syarikat industry juga yang akan rugi n kemalangan tetap meningkat.Buat la mcm2 undang2 tp andai keadaan jalan raya@lebuh raya tidak lancar kemalangan akan tetap berlaku.

PALING PENTING......JANGAN BENARKAN KENDERAAN JENTOLAK TANAH seperti DI BAWAH INI (CONTOH JENTOLAK) BERADA DI JALAN2 RAYA PADA WAKTU PAGI KE PEJABAT N WAKTU PULANG KE PEJABAT - PETANG.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....