Tuesday, July 28, 2009

10 Tempat Lepak terbaik di Johor Bahru

YONG TAUFU KG.MELAYU / TAMAN BUNGA ISTANA / ALI BABA KARAOKE-TAMPOI

AYAM PENYET LC KATERING / DATARAN BANDARAYA

MBO - KSL PLAZA / CITY SQARE / DANGA BAY CRUISE

1.WAYANG.
Di sekitar Johor Bahru nie je ada 6Major Panggung wayang.
- TGV : Di Aeon Tebrau City Johor Jaya
- Cathay Cineplex : Di City Square Johor Bahru
- GCS : Leisure Mall Taman Pelangi
- MBO : Plaza KSL
- Iswaria : Perling Mall Taman Perling
- Big Cinema Lotos : Plaza Tasik
PILIHAN RIODENAZ:
1. TGV TEBRAU CITY (cinema baru tetapi mahal)
2.GSC LEISURE MALL (cinema lama tapi santai & murah)


2.SHOPPING
-Aeon Tebrau City
-Pandan Uptown (bazar malam)
- Lingkaran Segget - JB BAZAR (bazar malam)
- KSL Plaza (shopping mall terbesar setakat ini)

- Johor Premium Outlet (JPO- Kulai) Branded outlet
PILIHAN RIODENAZ : PANDAN UPTOWN

3.DANGA BAY CRUISE : (Hanya Jumaat,Sabtu & Ahad)
Siapa yang nak menikmati angin malam di Selat Johor,jangan lupa untuk mencuba menyusuri Selat Johor dengan menaiki cruise.Bayaran utk stay di Deck : RM 10 seorang - Tiada makanan atau RM 50 termasuk makan malam.Kalau tak silap cuise bertolak dari Danga Bay jetty port jam 8pm dan pulang jam 940pm.Untuk Danga Bay Cruise,anda kena tingkat kan lagi mutu buffet makanan di dalam cruise anda..sebab makanan yang di sajikan sekarang adalah kurang menarik.


4.KARAOKE
Terlalu banyak karaoke cafe yang di buka di JB sekarang.Tapi yang paling happening sekarang ALI BABA KARAOKE @ GAINTS TAMPOI & Danga Bay Suara OK

5.CITY PLAZA SPORT STATION (mengadap stadium tertutup MBJB)
Ada gelangang futsal , basketball , snooker , pool , Live band (Malam je) , Dart , Ping Pong.Kalau nak celebrate Birthday party , pilih je satu meja open air dan melihat ke indahan bandarraya Johor Bahru waktu malam dari tingkat 3 City Plaza.

6.KOTA ISKANDAR - NUSAJAYA
Cuba la lepak-lepak di Dataran Iskandar yang lapang...Kota Iskandar pasti menenagkan fikiran anda selepas penat bekerja.Selepas itu lawat ke PUTERI HARBOUR yang bersebelahan sahaja dengan Kota Iskandar.Lepak minum petang di situ sambil melihat perahu layar mewah milik rakyat Malaysia dan warga asing.Akhir tahun 2012 Legoland - Taman Tema Antarabangsa akan di buka.Untuk ke Kota Iskandar anda boleh melalui Lebuhraya persisir pantai dari Danga Bay terus ke Kota Iskandar.Cuma mengambil masa 25minit dari Danga Bay.

7.JOHOR BAHRU DRIFT CIRCUIT
2Kms dari Kota Iskandar,anda akan menemui drift circuit.Selalunya hujung minggu selalu penuh dengan pengunjung yang datang utk melihat drift kereta di sini.Memamg hapening...tapi jgn lupa bawa payung n topi....open space biasalah panas...yang penting masuk percuma.

8.LEPAK MAKAN
Breakfast :
1.Medan selera Hutan Bandar Johor Bahru (belakang Court Mammoth)
2.Medan selera Jalan Abdullah Tahir (depan bangunan MAA)
3.Resturant Hwa Mui - Jalan Dhobi Bandaraya JB


Lunch : 
1.Asam Pedas Nyonya - Tanjung Puteri sebelah pangung Cathay lama
2.Gerai Masak Lemak Siput Sedut Kampung Pasir
3.Yong Taufu - Kampung Melayu
4.Nasi campur Restaurant ZZ - sebelah Hospital Sultanah Aminah


Dinner :
1.Satay Labis - Taman Universiti berdekatan Masjid Tmn Universiti
2.Capati Pakistan - Pandan City Food Court
3.Restaurant Juara Tomyam Taman Cempaka,Tampoi (depan Midas Mart)
4.Mie Rebus Tulang - ZZ restaurant area Yayasan Warisan Johor
5.Nasi Ayam Penyek - LC Cathering (Taman Century tepi Highway Tebrau)
6.Chamek Kopitiam - Bandar Baru Uda jalan Padi Emas sebelah Evon.

9.TEMPAT LEPAK YANG TAK MEMERLUKAN DUIT
Time sengkek boleh lah amik angin di sepanjang jalan pantai Lido (6km panjang) bermula dari depan Zoo Johor sampai lah ke Danga Bay.Ada port untuk meletak kereta ditepi jalan.Sambil tu boleh lah menikmati matahari terbenam atau angin malam di Selat Johor bersama kawan atau family sambil berkelah.Kalau bosan lagi,anda boleh lah lepak petang di Dataran Bandaraya Johor sambil melihat permainan bola di padang.

10.TEMPAT RIADAH
1.Hutan Bandar Taman Mutiara Rini,Skudai
2.Hutan Bandar Johor Bahru (belakang court mammoth)
3.Padang rekreasi Taman Damansara Alif Tampoi (sebelah Lebuhraya P.Gudang)
4.Danga Bay

SO SIAPA YANG ADA TEMPAT MENARIK SEKITAR JOHOR UNTUK DI KONSI - SILA BERI KOMEN K...

Sunday, July 19, 2009

Tengok Wayang Skrip 7707


Hari nie dah bersiap2 nak tgk wayang.Filem seram citer Skrip 7707.Entah la cam best tak best je.Mula mula ingat nak tgk ramai2...tapi terpaksa pergi dgn Tasha je.
So petang aku gie gym ada class hip hop.Tgah sebuk nak bersiap , si Rafie tel.Dia ckp dia nak dtg JB.So aku ajak dia tgk wayang sekali.Lepas gym aku terus bersiap amik Tasha kt Tmn Mushi Ibrahim.Tepat jam 8pm aku dan Tasha sampai di City Square...Beli tkt utk 3org termasuk si Rafie tu.Bila tel dia,dia ckp dia dlm perjalanan...sikit la punya lambat nak gerak.Dok kt Simpang Renggam tp bertolak dr umah jam 7pm.camana nak sampai on time.Tapi nasib baik dia sampai jugak akhirnya...lewat 6min.Masuk je citer dah start...Best gak citer tu...tp terlalu pendik jalan cerita pada setiap episod.Kuar je perut dah mula lapar....so aku ajak tasha n rafie makan,tp tasha nak balik cepat coz adik dia nak balik umah.Lpas hantar dia balik,aku dah rafit gie makan Kueh Tieow Goreng kt belakang St View.Than terus balik umah.

------------------------------------------------------------ tup tup tup -------------------------------------------------------------

Esok paginya bangun jam 10pg dan bfast kt hutan bandar.....lepas tu jalan2 kt city square , gie Padini beli baju kemeja.Time tu ada sales 70%.so aku beli 3helai baju dan belanja sehelai baju utk Rafie sempena Bday dia hari tu.


Sunday, July 12, 2009

Clark Hatch Hawaiian Dinner


Semalam tepat jam 3pm aku dah terconggok kt depan Clark Hatch DangaBay.Sampai kt sana aku nampak Sharil dan Tamim dah sampai awal.Wah gigih nie nak challenge aku hehehe......
1st Challenge 5kms run untuk Lelaki - aku tak join
2nd Challenge 3kms run untuk perempuan - of coz tak join
3rd Challenge Bench Press - Aku menang 48rep in 1 time
4rd Challenge Sit up - 160 times in 2min - aku menang lagi
5th Challenge Push up - 66times in 3min - Sharil

Sorry guys aku terpaksa replace real name aku atas sebab2 tertentu....


Malam tu kira2 jam 720pm semua members di Clark Hatch DangaBay menaiki ferry menyusuri Selat Johor untuk meraikan Hawaiian nite...



LUCU INI...HEHEHE - tak berjaya cuba lagi yea

video

Sunday, July 5, 2009

My Best Classmate Wedding.....


Zash,zash...tak sangka kawin gak kau eh....

Hari nie mungkin hari paling bersejarah buat kawan aku yang sorang nie.Ingat lagi dulu masa sekolah2 datang dengan tudung labuh n muka dia yang gelap tu...
Tapi tak sangka lak bila dah kawin nie muka berseri2.Aku datang sana dgn Tasha...nasib baik la dia nak temankan....

Kalau Zashreena tak bagi aku kad kawin dia ari tu,confirm aku tak datang macamana aku buat kat Normah yang kononnya mengaku aku nie kawan baik dia.

Kes normah : korang sakit hati tak kalau kawan baik korang bilang kt korang dia cakap tak sempat hantar kad kawin,tp dia leh sempat lak send kad kt kawan2 yg tak rapat.Bayangkan Nizam,Din,Fairuz semua dapat kad kawin dia,tapi aku nie yg paling rapat dengan dia tak dpt....kecik hati seh bila kawin baik buat cam nie...Anywhere tahniah buat Zashreena yang dapat melansungkan perkahwinan semalam.Majlis kawin korang simple tapi tetep grand.Muka ko zash macam muka Chareel Samad versi tinggi hehe...

YANG PENTING : MULUT KO TETEP MERIAH .... KECOH.... HEHE

Semoga kekal hingga ke anak cucu.....Aminnnnnnnnnn

Abah oh Abah

Entahlah,bila aku tgk muka abah nie aku naik kesian kat dia...tak tau la.
Sesejak nie rupanya dia bergaduh dgn mak tiri aku.Baru malam tadi aku gie makan dengan dia kat luar,dia ceritakan segalanya kat aku.
Kami makan di restaurant Thai,Sahabat.Actually dah lama dia pendam perasaan marah kat perangai2 anak2 mak de(panggilan maktiri aku nie aku) nie.Tiap kali kalau dia tegur sikit haaa mula la makde aku nie merajuk.Nk lari la apa la...
Kali nie bila abah sentuh sikit perangai anak2 mak de...haa mula la tua tak sadar diri tu nak angkat kaki,kemas2 baju n pindah.Hari Khamis last week dia dah mula angkut sikit2 baju dia dia kuar n letak kat umah sewa dia.Abah cakap dia dah malas nak pujuk2 lagi.Dia keluar abah tak halau,dia nak balik pun abah tak akan jemput.Haa bagus la...dah lama gak aku nak dgr ayat2 nie kelaur dlm mulut abah....
selama nie dia sayang sangat kat bini dia,sampai kan perangai anak2 bini dia pun abah tak leh nak sentuh...Susah aku nak cakap,Makde aku nie jenis org camana pun aku tak paham.Ada sekali tu anak lelaki dia balik umah bawak pompuan.dah tu bole pulak berdua2an dalam bilik...yg mak tiri aku nie leh diamkan je...abah lak dah macam terkunci mulut dia tak leh nak tegur.Tu anak lelaki,belum lagi anak2 pompuan dia....aku nie dah berkali2 bertekak dgn anak pompuan dia.perangai sekor2 mcm sekor2 kat utan tu.....

Aku tak tahu la,aku harap kali nie abah sedar la perangai buruk mak tiri aku tu...aku nie dah lama pendam perasaan aku.Aku ingatkan abah je,kalau tak ingatkan abah dah lama aku bergaduh besar-besaran dgn bini dia...
Entah la...aku harap semua yang aku dan dia lalui akan berakhir secepatnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget