Monday, June 15, 2009

Pengalaman Pulang Ke JB - Pengajaran buat aku

 Gambar Hiasan sahaja
 
Hari nie aku ke Batu Pahat,ada keja sikit nak buat.Dalam perjalanan pulang ke rumah aku memikirkan highway PLUS yang mahal tolnya so aku ikut la laluan lama.Memandangkan perut aku dah lapar dan mata mula mengantuk, aku stop la kat satu pekan di Sedenak utk minum petang.Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki - berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan aku.

"Abg nak beli kuih?' Katanya sambil tersenyum.Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.
"Tak apalah di k...abg dah pesan makanan," jawap saya ringkas.Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, aku pun terus makan macam biasa. Lebih kurang 15 minit kemudian aku nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.Kali nie dia datang lagi kt meja aku."Abg dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba.
"Abg baru lepas makan dik, masih kenyang lagi ni," aku jawap sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat dikaki lima. Sampai disitu, di meletakkan bakulnya yang masih sarat.Setiap yang lalu ditanya... " Tak nak beli kuih saya bang..Pak cik...kakak atau makcik."Molek dan baik budi bahasanya! Kalau budak2 lain jangan harap ada perangai cam nie.Mamak restoran itu pun tidak menghalng dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan.Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan dihati aku melihat betapa gigihnya dia berusaha.Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang dia temui tak mau membeli kuihnya.Selepas membayar harga makanan dan minuman yang aku makan tadi, aku terus ke kereta aku.Budak itu aku lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Aku buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu.Belum sempat aku nk hidupkan enjin kereta aku,budak tadi berdiri di tepi kereta sambil tersenyum..aku turunkan cermin, membalas senyumanya.Aku lihat umurnya lebih kurang 12 tahun."Abg dah kenyang, tapi mungkin abg perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang.
katanya dgn petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Aku tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terbukak lak perasaan kesian aku. Lantas aku buka wallet aku dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Aku hulurkan padanya." Ambil ni dik! Abang sedekah... tak payah abang beli kuih tu" kata ku ikhlas kerana perasaan kesian.Budak tu mengambil wang yg aku bagi, sambil mengucapkan terima kasih dia terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai.Gembira hati aku sbb dapat membantunya.

Setelah enjin kereta aku hidupkan, aku mengundur. Alangkah terperanjatnya aku melihat budak itu menghulurkan pula RM10 yang aku beri itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.Terkejut aku, lantas memberhentikan semula kereta, dan memanggil budak tu balik."Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.
"Kenapa adik berikan duit abg tadi pada pengemis tu? Duit tu abg bagi adik!" aku tak jawap pun soalan dia tadi "Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya."Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah.Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya dgn petah sekali.

Aku sebak dah macam nak menangis aku bila dia cakap cam tu.Bayangkan budak sekecik tu mampu membuatkan aku tersentap, sekali gus kagum dengan pegangan hidup budak itu. Tanpa banyak soal aku terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu."Abg nak beli semua ke?" dia bertanya dan aku mengangguk. Lidah aku dah kelu nak berkata lagi."RM20 saja bang.....! Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, aku hulurkan RM20. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.
Aku perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan.Dalam perjalanan ke JB, baru aku terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatim ke budak nie??
Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya??.

Terus terang aku katakan, aku beli kuihnya bukan lagi atas dasar kesian, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dpt menjadikan kerjayanya satu penghormatan. Sesungguhnya aku kagum dengan sikap budak itu.

Dia menyedarkan aku, siapa kita sebenarnya !!!

Mr Johor 2009 - 14 Jun 09 IOI Mall Kulai

Ahad lepas aku dgn budak2 Clark Hatch pergi ke IOI Mall Kulai untuk menyaksikan Pertandingan Mr Johor 2009.Janji mula kul 10Pg,tapi last2 start jam 2pm gak.Penat menunggu coz aku sampai sana jam 1230noon.

Lelepak jap pusing2 sambil servey2 tengok muka2 perserta yang masuk.Ramai giler siot yang masuk bertanding tahun nie.Yang datang bawak penyokong2 sendiri pun ramai.Jalan punya jalan aku jumpa x-trainer Clark Hatch - Lee.laa mamat nie masuk gak.Tapi klu dia masuk pun aku tak heran,sbb body dia mmg build up.Show start sharp kul 2pm..mula dgn ketegori Junior bawah 21Thn.Wah not bad seh body diaorang.

Than lepas tu ketegori bawah 65kgs...pemenangnya dari Suria Gym - Nusajaya.Laaa instructor tempat member aku 'ID'.Si Id pun tak sangka yg instructor dia yg pendiam nie tetiba masuk bertanding.

Kategori bawah 75kgs lak tetiba kelaur satu mamat rambut merah nie...cam kenal je...laaaa si Imran...dia pun join gak? wakaka. Kawan aku Sharil jumpa dia kt belakang pentas , dia terlambat register untuk kategori Junior bawah 21thn.So terpaksa la berlawan dgn org2 yg lagi pro dan mantap dari dia...haha.Nasib baik dia tak register nama atas nama gym Clark Hatch..Malu beb...hehe.coz body dia baru je nak build up.Perut pun masih lum ada 6pek...4pek pun masih samar2 timbul.camana nak menang....hehe.Apapun satu percubaan yang berani.aku tabik la ko Imran.








Saturday, June 13, 2009

Hari Bapa

Hari bapa lagi seminggu je lagi.Nak plan apa pun tak tau.Mungkin nanti aku bawak dia gie makan lunch atau dinner kt Restaurant Merdeka. Sekrang nie aku tgh tgk drama kt TV3.Tak tau lak aku citer apa....tapi cerita tentang seorang bapa tunggal yang menjaga anak lelaki dia yang keras kepala, lakonan Zulhuzaimi.(agaknya kot) .Bole tahan gak la citernya. Entah la...bila aku teringat bapak aku,mula la teringat kt arwah mak....rindu sangat kt dia.Klu arwah masih hidup mesti bulan lepas aku dah sambut hari ibu dgn dia.Klu dapat jumpa dia dalam mimpi,aku la org yang paling bertuah n bersyukur.Aku akan mintak arwah suruh aku buat apa saja...aku sanggup.Tapi sampai sekrang tak termakbul pun.Kalau dulu aku selalu je bertekak dgn dia. Menyesal sangat skrg bila dia takde.Rindu Masakan dia,Rindu Bebellan dia,Rindu segalanya.... Mak,rindunya kat mak sangat2..... Pagi tadi aku gie tgk wayang citer "Jangan Pandang Belakang Congkak" kelakar gak la...cuma tak seperti yang aku harapkan.Member2 citer kat aku , diaorang ckp citer tu kelakar habis.Tapi pada aku just kelakar2 biasa je. Bosan sangat hari nie...nasib baik lepas tangok wayang tadi ada member ajak kuar lepak2.Hilang bosan ari nie. Bercakap tentang ke jujuran lak,aku sendiri tak tau mana salahnya.Kenapa la susah sangat nak jumpa orang yang benar2 jujur dgn kita sekarang nie......kecewa sangat bila orang yang kita tunggu tidak datang.Janji hanya tinggal janji.Arghhh....Aku serahkan saja pada takdir.Tak apalah,teruskan je kehidupan seperti biasa..... ada nanti adalah............................ Esok Ahad.....

Tuesday, June 9, 2009

Kamu dalam dunia kamu sendiri.....

Pelik dan ajaib bila seseorang boleh memberitahu aku memberi salam ada pelbagai peringkat.Peringat yang paling bawah sekali adalah "SALAM SAMPAH" dan tak wajib di jawap malah apabila di rasakan ragu2 dgn salam itu,adalah lebih baik tak perlu dijawap.

Inilah antara penyakit orang yang menganggap dirinya terlalu tinggi darjatnya dan ilmunya sehinggakan salam yang sepatutnya "WAJIB" di jawap dikatakannya SAMPAH.
Kalau tak mau menjawap salam tu sudah la,nie siap bole mengeluarkan fatwa sendiri.

Mcm org cakap,kalau tak berupaya menjadi garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau yang membusukkan daging.

Tapi bila aku terfikir balik,aku tak heran pun dgn segala fatwa2 pelik yang dia kelaurkan sejak aku kenal dia.Kalau dia boleh samakan makanan yang ibu dia berikan padanya sama macam memberi makan pada binatang peliharaan,cuba kita tgk playback di bawah ini :



CHICKEN A LA CARTE - "TRUE STORY ABOUT HUNGER AND POVERTY BROUGHT BY GLO...
http://www.msplinks.com/MDFodHRwOi8vd3d3LnlvdXR1YmUuY29tL3dhdGNoP3Y9emVWbUNpU3RPd1U=









Kalau la mak bapak dia yang bagi dia makanan cam nie entah2 lagi teruk dia memaki hamun.Manusia yang lupa untuk bersyukur sebaliknya hanya pandai meminta dan menyalahkan org lain yang macam inilah hidup dalam dunia dia sendiri.
Memang org lain tak melalui apa kita lalui,tp pernah ker kita amik tau apa sebenarnya org lain lalui....?

Buat yang lain ada sesuatu untuk di renungan :
BILA ALLAH MEMAKBULKAN DOA MU,MAKA DIA MENYAYANGIMU,
BILA DIA LAMBAT MEMAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA INGIN MENGUJIMU,
BILA DIA TIDAK MEMAKBULKAN DOAMU,MAKA DIA MERANCANG SESUATU YANG LEBIH BAIK UNTUKMU.OLEH ITU SELALULAH BERSANGKA BAIK PADA ALLAH DALAM APA JUA KEADAAN PUN KERANAKASIH SAYANG ALLAH ITU MELEBIHI KEMURKAANNYA...

So pada siapa yang tak pernah bersyukur,tak pernah berdoa,menganggap apa yang org lain buat semuanya salah serta menganggap dirinya cukup betul dan sudah cukup tinggi darjatnya dari org lain.....

YOU ON YOUR OWN WORLD....................

Friday, June 5, 2009

Tentang Cinta

Banyak Falsafah tentang Cinta.......

So mana satu yang kita pilih :


Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan

Cinta sejati bertapak pada rasa saling menghargai

Cinta sejati tidak memandang wang, tetapi wang sangat penting untuk memelihara cinta

Cinta sejati mempunyai tempat hanya untuk dua orang, tidak ada bagi orang ketiga

Cinta yang sejati berdiri atas dasar hormat

Cinta sejati dari seorang perempuan memberi sayap kepada lelaki, sebaliknya cinta yang palsu memberi belenggu

Cinta yang sejati hanya dapat dilihat dari sinar pandangan mata

Cinta Sejati adalah cinta yang membakar keegoan diri

Cinta Sejati adalah pengorbanan tanpa pengharapan

Tuesday, June 2, 2009

Penatnya Hari nie

Kaki kanan aku sakit dari pagi tadi sampai la malam.Mungkin kesan kena hentak petang semalam.Tu la Abg Aki cakap jgn masuk gelangang , nk masuk jugak....nak sangat lawan dgn senior.haaa padam muka aku..nk buat camana.huhu
Dah la banyak keja kt opis...Sampai nak sms baby aku pun tak sempat...sory yea baby.

Lepas habis keja terus balik umah.sampai je kt bilik aku cari minyak urut.Klu dulu masa arwah mak ada leh lak gak suruh dia urutkan.Berurut la aku sendiri.Nasib baik la ada minyak urut nie...

Dah macam org tua2 lak...wakakaka.
Takpe korang semua belasah aku,nanti aku dah pandai Cenderawasih tahap II siaplah korang.....
Tapi cam tak mau masuk lagi la.....serik beb....diaorang lawan kasar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget