Friday, May 30, 2008

Johor Bahru Dilanda Banjir


Ku sangkakan panas sampai ke petang,rupanya hujan di tengahari.Itulah yang terjadi kepada Bandaraya Johor Bahru.Banjir kilat telah menengelamkan sebahagian besar Bandaraya ini.Tapak letak kereta sebelah OCBC bank Jalan Segget paling teruk terkena.
Majoriti rata-rata kereta mereka di tengelami air ini bekerja di Singapura.Saat ini aku dalam perjalanan untuk mengambil Helmi yang turun di Johor Bahru dari Singapura.Tak sangka betul air naik begitu cepat sekali.Aku dengar tempat letak kerata di City Square & Menara Public Bank juga menerima nasib yang sama.
Kesesakkan bermula jam 430petang bila air mula naik dan menutupi Jalan Wong Ah Fook , Jalan Segget dan Jalan di hadapan Station KeretaApi.
Tragis sungguh.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
There was an error in this gadget